Kredit: Instagram @missfazura
Pasangan selebriti kesayangan ramai, Fazura dan Fattah Amin berkongsi peluang keemasan memeriahkan majlis sambutan hari jadi ke-51 Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Biarpun tiada butiran lanjut yang diberikan oleh aktres dan usahawan itu, kunjungan yang tidak diketahui oleh Tengku Permaisuri Norashikin itu difahamkan merupakan salah satu kejutan istimewa untuk majlis peribadi berkenaan.
Berpakaian mengikut tema iaitu Bollywood, keadaan bertukar sebaliknya apabila pasangan yang menerima jolokan sebagai Fattzura itu pula seolah-olah sedang menerima tetamu istimewa sebaik melihat reaksi positif yang diberikan oleh Tengku Permaisuri atas kemunculan mereka.
"Ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian lagu Selamat Hari Jadi, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua.
"Sungguh, dapat dilihat Tengku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua," tulisnya.
Tambahnya, beliau sangat mengagumi keperibadian merpati dua sejoli itu yang mahu dijadikan sebagai contoh buatnya dan Fattah dalam melayari bahtera rumahtangga yang telah bertahan selama lebih 4 tahun.
"Kami pulang dengan membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Paling tersemat di hati kami, baginda Tuanku berdua merupakan pasangan yang baik, penyayang, mesra dan merendah diri," luahnya.
Komen Pilihan
"Kecantikan dimiliki Fazura semulajadi tanpa mengira pakaian dan keperibadian yang bagus," puji seorang netizen.
Sumber:
2. Forum CARI