Oleh pada 16 Nov 2017 kategori

teka teki majlis nikah di rumah nenek fazura terjawab

Kredit foto: kamiviral.net

Dua hari lalu, pasangan Fattah Amin dan Fazura didakwa telahpun melangsungkan majlis pernikahan bertempat di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi laporan Harian Metro, dikatakan tetamu yang berkunjung di lokasi berpakaian seperti sedang menghadiri majlis pernikahan, malah perkarangan rumah juga dikawal ketat.

Khemah didirikan, kenderaan berpusu-pusu masuk ke banglo itu, termasuk milik pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini.

Portal berita itu tidak dapat mengesahkan majlis jenis apa yang diadakan, meskipun di media sosial spekulasi bertiup kencang mengatakan mereka sedang bernikah.

Malah, pengurus Fattah, Sakirin Shak atau Acha bertindak mengunci mulut daripada membuat sebarang pendedahan, sebaliknya meminta pihak media menantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Fattah.

Ketika itu, penampilan Acha sedang berjubah putih mengukuhkan lagi dakwaan majlis pernikahan yang bakal berlangsung.

Pun begitu, Acha menegaskan dia dan Fattah sedang membuat persediaan ke Makkah.

Manakala tengah hari keesokannya, Fattah dan Fazura bertolak ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama keluarga terdekat dan dijangka pulang ke tanah air pada 23 November.

Wartawan yang menanti mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih gagal mendapatkan penjelasan kerana pasangan ini masih dengan pendirian mengunci mulut.

Bagaimanapun teka-teki akhirnya terjawab apabila Acha mengesahkan majlis yang berlangsung di rumah nenek Fazura itu sebenarnya hanyalah kenduri doa selamat bersempena dengan umrah mereka.

Malah Acha menegaskan tiada majlis 'istimewa' bakal berlangsung di Tanah Suci antara pasangan ini sebagaimana yang tular di media sosial.

Namun, Acha memberitahu akan ada satu kenyataan rasmi daripada pengurusan Fattah dan Fazura akan dikeluarkan apabila mereka pulang ke Malaysia.

Ini kerana pasangan sensasi itu mahu bersikap adil kepada semua media.

Sumber berita: Harian Metro

tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)