Oleh pada 24 Aug 2017 kategori

itu bukan saya giliran adik aliff aziz aisyah aziz pula buka mulut

Kredit foto: Instagram Aisyah Aziz & The New Paper

Selepas isu yang melanda penyanyi Aliff Aziz, kini giliran adiknya, Aisyah Aziz pula ditimpa dugaan.

Menyedari sebuah isu terbaru yang mengaitkan namanya dalam media sosial, Aisyah tampil bersuara.

Difahamkan, ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Aisyah untuk memperdaya netizen yang ingin menceburi dunia hiburan.

Aisyah bagaimanapun hanya mendapat tahu hal berkenaan selepas salah seorang peminatnya yang prihatin memaklumkan kepadanya.

Itu bukan saya! Saya juga terkejut dan marah apabila ada individu yang guna nama saya di aplikasi Wechat menawarkan peluang berlakon yang mana kononnya saya ada mencari pelakon baru. Saya dapat tahu bila ada peminat yang bertanya tentang perkara itu betul atau tidak daripada saya.
Sumber: Mstar

Malah ini merupakan kali kedua nama Aisyah menjadi mangsa untuk menipu orang ramai.

Tegas penyanyi itu, dia tidak mempunyai aplikasi media sosial berkenaan.

Pesanan Aisyah kepada peminatnya agar lebih berhati-hati dan jangan cepat menaruh kepercayaan kepada individu yang menggunakan nama selebriti di alam maya.

Peminat tolonglah jangan mudah percaya dengan nama-nama artis di laman sosial, lebih-lebih lagi yang menawarkan pelbagai perkara melibatkan wang. Sesiapa pun boleh menggunakan nama artis yang mereka mahu di laman sosial dan perkara itu sukar untuk dikawal.
Sumber: Mstar 

tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)