Kredit foto: Instagram Aisyah Aziz

    

Nur Aishah Aziz atau nama pentasnya, Aisyah Aziz merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura yang mula diperkenalkan ke persada hiburan muzik Malaysia selepas tersenarai sebagai salah seorang peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013).

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Nur Aishah binti Aziz dan menggunakan nama komersial, Aisyah Aziz.
  • Kelahiran Singapura pada 21 Mei 1994. Kini berumur 26 tahun.
  • Merupakan seorang penyanyi yang memperjuangkan genre Pop dan aktif dalam bidang muzik sejak tahun 2013.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan pencarian bakat nyanyian, Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013) pada tahun 2013 yang meletakkannya di kedudukan keenam sewaktu peringkat akhir. AF2013 antara lain melahirkan penyanyi Hael Husaini, Nabila Razali, Indah Ruhaila dan Amira Othman.
  • Setakat ini beliau telah merakamkan beberapa buah single hits seperti Mimpi, Pilihan Sejati, Tanda Tanya, Senyum Saja (ft. Haikal Ali), Indah Pada Waktunya (ft. Rizky Febian), Bila Entah, Bukalah Matamu (ft. Bunga) dan Sugar.
  • Pernah membintangi drama berjudul Indah Pada Waktunya The Series yang disiarkan secara bersiri di laman video Youtube.
  • Meraih pengiktirafan di Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu), termasuk di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 menerusi kategori Lagu Terbaik APM dan Lagu Terbaik (Singapore).
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @aisyaah_aziz mencatatkan lebih 277,000 pengikut.

      

Fakta Menarik

  • Abang sulungnya adalah penyanyi Aliff Aziz yang turut sama mencipta nama sebagai selebriti.
  • Mula mengasah bakat nyanyian sejak berumur lima tahun dengan membabitkan diri menerusi banyak pertandingan sehinggalah beliau mencecah usia 11 tahun.
  • Seawal kemunculannya sebagai selebriti, beliau dikenali sebagai 'Aisyah AF' dengan mengecapi populariti menerusi lagu pengenalannya yang bertajuk 'Mimpi' hasil ciptaan Faizal Tahir dan Omar K.
  • Pernah berduet dengan penyanyi Indonesia, Rizky Febian dalam single yang diberi judul Indah Pada Waktunya
  • Pada 2019, beliau mendapat peluang merakamkan lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini berjudul Bila Entah.

    

Foto

aisyah aziz

adik aliff aziz

aliff aziz

wikipedia aisyah aziz

instagram aisyah aziz

lagu aisyah aziz

Kredit foto: Instagram Aisyah Aziz

    

Sumber:

1. Luahan cinta jarak jauh Aisyah Aziz menjadi

2. Aisyah Aziz Tampi Sensual & Klasik Untuk 'Bila Entah'

3. Wikipedia Aisyah Aziz

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)