zarina anjoulie sah bercerai

Kredit foto: Rotikaya

Selepas perbagai spekulasi timbul tentang status perkahwinannya, pelakon Zarina Anjoulie akhirnya mengakui beliau sudah bercerai dengan bekas suaminya Pengiran Mohd Ilham Syazwan, seorang warga Brunei pada 18 Disember 2016 secara baik, kerana tidak wujud persefahaman lagi antara mereka berdua.

Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak.Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama.

Walaubagaimanapun, Zarina akui dirinya tidak serik untuk menempuh alam perkahwinan sekali lagi jika ada jodoh.

Perkenalan Zarina dan bekas suaminya bermula pada tahun 2014 menerusi laman Instagram sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada 8 Februari 2015.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki comel, Awangku Gabriel Martrin Ezra yang sekarang berumur 6 bulan.

zarina anjoulie sah bercerai 2

zarina anjoulie sah bercerai 3

zarina anjoulie sah bercerai 4

Sumber berita: Harian Metro & Beautifulnara


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)