Oleh pada 04 Jan 2018 kategori

Sumber foto: New Straits Times 

Penjelasan dan keputusan permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan empat lain, bagi membatalkan saman pemula difailkan pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Waytha Moorthy bersama-sama 18 individu lain akan di tetapkan 13 Februari depan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Menuntut perisytiharan mahkamah bahawa pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, sebagai suatu ancaman terhadap keselamatan negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia adalah saman pemula itu.

Selepas mendengar hujahan peguam, R Kengadharan dan S. Karthigesan, yang mewakili Waytha Moorthy dan 18 yang lain selaku plaintif, Hakim Datin Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Shamsul Bolhassan, turut berhujah dalam prosiding itu, mewakili Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia; Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); Ketua Polis Negara (KPN) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Pencelah dalam kes saman tersebut, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, telah diwakili oleh peguam Adnan Seman.

Kengadharan berkata, beliau berhujah bahawa kesemua plaintif mempunyai locus standi atau kedudukan untuk memfailkan tindakan saman itu kerana isu berhubung Dr Zakir melibatkan kepentingan awam. Ketika ditemui pemberita.

Dr Zakir perlu meninggalkan negara ini kerana beliau telah mengancam keselamatan negara.  

Shamsul berhujah bahawa tindakan saman yang difailkan kesemua plaintif menyalahgunakan proses mahkamah kerana mereka sepatutnya memfailkan permohonan semakan kehakiman dan bukan saman pemula.

Plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula atas alasan plaintif gagal membuktikan bagaimana mereka telah terjejas oleh keputusan defendan.

Menurutnya lagi, tindakan saman terbabit adalah remeh kerana pendakwah bebas tersebut tidak dijadikan pihak dalam prosiding kes itu.

Adnan pula berhujah bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri atau Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang memberikan permit pemastautin tetap kepada Dr Zakir tidak boleh dicabar di mahkamah.

Pendakwah bebas itu perlu dijadikan pihak dalam prosiding kes untuk menjawab afidavit sokongan difailkan oleh pihak plaintif, kata beliau.

Waytha Moorthy bersama-sama 18 yang lain terdiri daripada ahli politik, peguam dan badan bukan kerajaan (NGO), menuntut perintah perisytiharan bahawa penceramah terkenal itu merupakan ancaman terhadap ketenteraman rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini dan perlu ditangkap serta-merta, merupakan saman yang di failkan pada 1 Mac tahun lalu.

Dr Zakir telah di dakwa menggalakkan keganasan, dihalang memasuki beberapa negara kerana disyaki bekerjasama dengan beberapa kumpulan pengganas selain memberi dorongan kepada warga asing yang berada di negara ini untuk mengganggu ketenteraman awam.

Sumber berita: BH online




Hakcipta iluminasi.com (2017)