Oleh pada 27 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Mstar & malaysianaccess.com

Aktres Sharifah Shahirah akur sekiranya namanya digam oleh stesen televisyen susulan tindakan suaminya, Ijoy memfailkan saman.

Saya tidak terfikir langsung soal nama akan digam atau tidak. Namun sekiranya perkara itu berlaku kepada saya, tidak mengapa. Bagi saya rezeki ada di mana-mana. Jadi saya tak perlu takut pun. Kalau mereka tak nak tawarkan saya pekerjaan, saya okey saja. Cuma sebagai isteri saya tetap mempertahankan tindakan suami. Ada sebab kenapa dia berbuat sedemikian. Orang kata berani kerana benar.
Sumber: Harian Metro

Shahirah mengulas isu tindakan saman yang diambil terhadap syarikat penyiaran televisyen AlHijrah Media Corporation (AlHijrah) oleh syarikat penggambaran M A Pictures Sdn Bhd milik suaminya.

Difahamkan, tuntuan bayaran tertunggak bernilai RM265,600 tidak dijelaskan syarikat penyiaran itu untuk kerja produksi syarikat Ijoy bagi program bual bicara 26 episod berjudul Maqasid Syariah - PNB yang dilakukan pada 29 Oktober 2015.

Shahirah menegaskan tindakan suaminya mempunyai sebab kukuh dan dibuat selepas usaha mendapatkan pembayaran mereka menemui jalan buntu.

Suami hanya menuntut haknya. Adakah itu salah? Disebabkan sudah tidak ada cara lain, jadi suami mengambil keputusan membawa perkara ini ke peringkat undang-undang. Suami bukannya suka-suka nak saman.
Sumber: Harian Metro



Hakcipta iluminasi.com (2017)