Kredit foto: BH Online

"Sofi Jikan adalah warga negara yang baik dan berjiwa besar.. dia mahu menyelesaikan isu yang membabitkan dirinya".

Demikian kata Presiden Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti, Datuk Shahrul Nizam Yunos perihal penahanan Sofi selepas didapati positif ganja.

Beliau membuat kenyataan di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Sahabat baik Sofi ini berkata, dia menemani aktor itu ke Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, dalam anggaran pukul 11 malam tadi.

Jelasnya, pelakon Gangsterock Kasi Sengat itu berani untuk bertemu pihak berkuasa bagi memberi keterangan susulan laporan polis yang dilakukan terhadapnya.

"Dia (Sofi Jikan) mahu memastikan perkara ini diselesaikan cara baik walaupun dirinya akan berasa perit.

"Beribu orang direman, namun bukannya semuanya bersalah," katanya.

Dalam masa sama, Shahrul Nizam menekankan sikap Sofi sebagaimana diketahui umum, seorang yang berjiwa besar dan bersemangat tinggi.

Dalam pada itu, beliau memohon agar orang ramai tidak terus memberi tekanan kepada aktor itu atas nasib yang menimpanya.

"Kita tahu dia berjiwa pahlawan dan orang ramai tidak seharusnya menghukum seseorang tanpa diketahui kesahihannya.

"Hari ini beliau yang mendapat dugaan ini, esok lusa hari kita pula, siapa tahu," katanya.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)