Oleh pada 12 Mar 2018 kategori

adik ulas isu terkini farid kamil

Kredit foto: Instagram Fadzil Zahari

Adik aktor dan sutradara Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari mendedahkan abangnya kini sedang berdepan ujian getir.

Beliau memohon kerjasama netizen untuk turut sama mendoakan supaya urusan bintang Tombiruo itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Fadzil menganggap ia dugaan yang juga dipikul mereka sekeluarga.

“€Ini adalah ujian berat untuk dirinya dan keluarga," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Fadzil menyatakan sokongan kuat buat abang sulungnya itu.

Apatah lagi mengenangkan perkara berbangkit yang bakal timbul selepas ini.

“€Insya-Allah kami akan sentiasa memberikan sokongan. Lagipun kami tidak tahu apa lagi perkara berbangkit yang bakal ditempuh selepas ini. Kita doakan yang baik-baik saja,”€ katanya positif.

Terdahulu, Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membuat laporan polis palsu kononnya tiga rakan artis meletakkan dadah ke dalam minumannya.

Begitupun, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, beliau didakwa mereka keterangan palsu bersabit laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur pukul 5.54 petang pada 31 Januari lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara tiga tahun dan denda.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)