Oleh pada 12 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

Rata-rata netizen seakan tidak percaya dengan penularan berita yang mengatakan aktor Datuk Farid Kamil dikesan positif dadah jenis ganja.

Adik pelakon berkenaan, Fadzil Zahari juga melahirkan rasa terkejut apabila abangnya didakwa mengamuk dan membuat kecoh di balai polis.

laporan polis ini bongkar cerita sebenar terjadi kepada farid kamil 2

Kredit foto: Astro Gempak

Terkini, tersebar isi kandungan kertas laporan polis yang dibuat oleh lelaki yang membawa Farid ke balai polis semalam.

Menerusi laporan terbabit, lelaki itu mendedahkan dia menemui Farid sedang berada dalam keadaan tidak berbaju dan meminta pertolongan dalam cuaca hujan.

laporan polis ini bongkar cerita sebenar terjadi kepada farid kamil 3

Kredit foto: Beautifulnara

Katanya lagi, Farid berkelakuan pelik sepanjang perjalanan di dalam kereta menuju ke balai polis berkenaan.

Berikut isi kandungan penuh laporan polis itu yang menjadi tular sejak semalam:

"Pada 11.1.2018 jam lebih kurang pukul 12.30 tengah hari ketika saya sedang memandu di Tropicana, saya ternampak seorang lelaki tidak berbaju dalam hari hujan tengah meminta tolong kereta yang sedang lalu-lalang. Saya telah berhenti dan saya dapati lelaki tersebut adalah Farid Kamil (pelakon). Dia meminta bantuan saya bawa dia ke balai polis kerana dia telah kemalangan. Dalam perjalanan ke balai polis trafik, Farid Kamil berkata dia kesejukan. Saya telah membawa Farid kamil ke Restoran Bonda dan meminjam baju pemilik restoran yang juga merupakan kawan saya. Saya dapati Farid Kamil telah mulai berkelakuan aneh dalam kereta saya dengan mengambil gambar saya dan cuba memegang stereng kereta.

"Seterusnya, saya telah membawa Farid Kamil ke balai polis trafik Kota Damansara untuk membuat laporan polis. Tiba di balai, Farid Kamil masih berkelakuan aneh. Tiba-tiba Farid Kamil telah melempang pipi kiri saya di hadapan polis trafik. Belum sempat saya berbuat apa-apa Farid Kamil telah melempang seorang anggita polis trafik yang cuba membantu.

"Tiba-tiba Farid Kamil telah menendang saya dengan kuat di bahagian perut. Saya juga telah ditendang di bahagian kemaluan dengan disaksikan oleh anggota-anggota polis yang lain.

"Tujuan saya membuat laporan polis adalah untuk tindakan lanjut pihak polis". 

Sumber berita: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)