Oleh pada 13 Jan 2018 kategori

Kredit foto: asamboi.my

Aktor Sofi Jikan meminta orang ramai berhenti mengecam rakan seperjuangannya, Datuk Farid Kamil atas insiden yang berlaku baru-baru ini.

Mengaku bersahabat baik dan antara individu paling rapat dengan beliau, Sofi merasakan aktor itu sedang berhadapan tekanan perasaan akibat masalah peribadi dan kerjaya.  

sofi jikan buka mulut kes farid kamil 2

Kredit foto: Instagram Farid Kamil

"Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.

"Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan," ujarnya memetik portal Mstar Online.

Sebelum ini, Farid hadir di Balai Polis Trafik Kota Damansara, bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya. 

Ketika ditanya tentang motif laporan itu dibuat, Farid menayangkan mesej aplikasi Whatsapp bertajuk '300 artis hutang ah long'.

Kemudian beliau dengan tidak semena-mena menjadi berang sebelum menampar anggota polis sambil disaksikan seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Malah dia turut menyepak dua orang awam lain.

Susulan itu, beliau ditahan dan hasil ujian air kencing mendapati pelakon itu positif dadah jenis ganja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata, Farid kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Bercerita lanjut mengenai pelakon itu, Sofi mendedahkan Farid pernah berhasrat untuk memperjuangkan kes hutang ahlong yang dihadapi para selebriti.

"Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita '300 artis berhutang dengan ah long.

"Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian," ujarnya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)