Oleh pada 11 Jun 2019 kategori

isteri fazley yaakob lepas hajat dalam semak 1

Kredit foto: Instagram @fazleyyaakob

      

Kerana kebanyakan tempat rehat dan rawat (R&R) lebuh raya ditutup, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mendedahkan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz terpaksa melepaskan 'hajat' di dalam semak!

Katanya dalam entri terbaru di Instagram, peristiwa itu berlaku sewaktu perjalanan balik selama 13 jam dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur yang turut memberikan tekanan kepadanya.

"Kita orang memandu sampai 13 jam dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, biasanya 3 jam sahaja! Tapi biasalah tu kan, perjalanan sewaktu raya. Cuma tertekan sebab lain.

"Ya Allah, tertekan sebab R&R banyak yang ditutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun termasuklah adik sayang (isteri) saya!

"Saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik tuala untuk cover dia, lepas tu dia terus legakan diri dalam semak samun," tulisnya pada Isnin.

        

isteri fazley yaakob lepas hajat dalam semak 2

Kredit foto: Instagram @fazleyyaakob

       

Situasi itu juga, kata penyanyi Bila April itu, turut memberi kesan kepada pengguna lebuh raya yang lain kerana tandas awam yang tidak berfungsi.

"Rupa-rupanya bukan kita orang sahaja, ramai lagi terpaksa legakan diri tepi jalan macam kita orang. Kenapa tutup R&R pada waktu yang tak strategik PLUS, kasihan kami semua pengguna highway!," katanya.

Sementara itu, Fazley meluahkan rasa kagum dengan kecekapan isterinya memandu dalam pengalaman pertama mereka menempuh perjalanan menggunakan kenderaan berasingan.

"Pertama kali saya dan adik sayang Azrene pandu kereta asing-asing bila travel, risau juga bila isteri tersayang pandu kereta lain. Kejap-kejap tengok dekat cermin, nak pastikan dia ada di belakang saya.

"Nasib baik dia cekap bawa kereta, pandai dia 'cilok' sini sana supaya tak berjauhan dari saya! Awak pemandu yang hebat, Adik Sayang!," katanya.

      

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)