Kredit foto: Instagram Fazley Yaakob 

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Dato' Fazley Yaakob telah memuat naik sebuah video yang menjadi perhatian ramai.

Yang menariknya, meskipun video tersebut memaparkan emosi sedih anak-anak Fazley, namun netizen menganggapnya sebagai sesuatu yang melucukan.

Ini gara-gara ketiga-tiga anak beliau digemparkan dengan berita 'pembedahan' yang bakal dilalui oleh abang sulung mereka iaitu Ahmad Fariedz Shah atau Payish. 

"Abang sedang sakit gigi dan dalam ketakutan bila diajak pergi ke doktor gigi. Adik-adiknya terdengar perkataan "surgery" lalu semua menangis bersama takut "kehilangan" abangnya. "I don't want you to die". Nak pergi cabut gigi ni. Hehe. Kalau tak tahu cerita sebenar ni, agak-agak kenapa mereka menangis macam ni?" ucap Fazley dalam kapsyen tersebut. 

Apa yang lebih mencuit hati adalah gelagat anak bongsunya, Piyush yang menangis sambil berdoa untuk Payish.

Keakraban Payish, 9, Piyash, 7, dan Piyush, 6 mendapat perhatian netizen yang bukan sahaja terhibur dengan keletah mereka, malah mengagumi kasih sayang yang dipupuk antara adik-beradik tersebut. 

anak anak datuk fazley menangis dan berpeluk sentuh hati ramai 2

anak anak datuk fazley menangis dan berpeluk sentuh hati ramai 3

Kredit foto: Astro Gempak & Instagram Fazley Yaakob

Berikut kami kongsikan videonya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)