Oleh pada 28 Jan 2022 kategori

Kredit: Instagram @fazleyyaakob & Instagram @datoserivida 

 

Susulan video tular Dato' Seri Vida menuduh penyanyi Anuar Zain bernafsu songsang, artis serba boleh Dato' Fazley Yaakob tampil menyelar tindakan kurang cerdik tersebut.

 

Mempercayai kekayaan dan populariti tidak menjamin keperibadian mulia dan nilai intelektual yang tinggi, Dato' Fazley memberitahu, dakwaan tidak berasas dibuat oleh usahawan selebriti yang dianggapnya sebagai lapar perhatian itu mampu memberi contoh buruk kepada generasi muda.

 

"Sebahagian dari kita diduga dengan wang ringgit dan jumlah pengikut yang ramai, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang.

 

"Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru mahu belajar menjadi usahawan?," bidasnya.

  

 

Tegasnya, perbuatan itu bukan sahaja bertentangan dengan adat ketimuran, malah menimbulkan perasaan tidak suka yang semakin mendalam terhadap figura awam kontroversi itu.

 

"Kita orang Timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai dan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

 

"Malulah sedikit! Maaf, semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin 'buat tabiat'," luahnya.

  

 

Dalam perkembangan terbaru, melalui sebuah video di Instagram, Dato' Seri Vida memohon maaf kepada Anuar Zain dan berhasrat untuk berjumpa dengannya bagi menjayakan sebuah projek besar.

 

Komen Pilihan

fazley kecam dsv

 

“Cantik pasu pada bunganya. Cantik bangsa pada bahasanya. Indah Islam pada akhlak dan imannya,” tulis pelawak Saiful Apek.

 

Sumber: Instagram Dato' Fazley Yaakob




Hakcipta iluminasi.com (2017)