kenyataan isteri kepada sharnaaz ahmad sempena hari lahir 1

Kredit foto: Instagram Noor Nabila

Isteri aktor Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila memberikan ucapan istimewa kepada suaminya bersempena hari kelahiran pelakon itu yang ke-32 pada 29 Ogos lalu.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman Instagram itu, Nabila memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan seorang suami yang begitu penyayang dalam hidupnya.

Nabila juga merakamkan ucapan terima kasih kerana aktor itu sentiasa berada di sisinya, selain mendoakan kesejahteraan buat beliau.

kenyataan isteri kepada sharnaaz ahmad sempena hari lahir 2

Kredit foto: Instagram Noor Nabila & @wedlocx

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menganggap ucapan Nabila sebagai sangat romantis dan "comel".

Mereka turut mendoakan semoga pasangan ini akan dikurniakan anak dalam masa terdekat.

kenyataan isteri kepada sharnaaz ahmad sempena hari lahir 3

Kredit foto: Instagram Noor Nabila
Selamat hari lahir sayang, semoga sayang diberi dan dilimpahkan dengan segala rahmat Allah, diberi kebaikan dan barakah. Saya doakan sayang panjang umur, sihat walafiat, dilapangkan rezeki dan harapnya dapat jadi bapa tidak lama lagi. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya, selalu ada untuk saya dan mencintai saya. Saya bertuah dan bersyukur memiliki awak dalam hidup sebagai suami. Saya cinta awak @sharnaazahmad, dunia, hidup dan sayang saya selamanya.

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)