Oleh pada 21 May 2019 kategori

isteri dakwanya curang akhirnya ammar alfian buka mulut 1

Kredit foto: Instagram @ammar_alfian & Instagram @nelissanezam

      

Selepas timbulnya dakwaan mengatakan dirinya berlaku curang, pelakon Ammar Alfian akhirnya bersuara bagi menangkis 'serangan' yang disifatkannya fitnah itu.

Malah, Ammar, 32, berkata, isterinya, Nelissa Nezam turut mengakui kesilapan mencanang tuduhan berkenaan di laman sosial.

"Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.

"Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

"Saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya," katanya menurut portal Mstar.

Ammar meluahkan kenyataan itu melalui Instagram (IG) Story pada hari ini sebelum bertindak memadamnya lima minit kemudian.

Dalam hantaran sama, pelakon yang terkenal menerusi filem KL Gangster 2 dan Paskal itu mendedahkan telah menyekat beberapa akaun netizen termasuk rakannya sendiri yang dirasakan telah menentang dirinya.

     

isteri dakwanya curang akhirnya ammar alfian buka mulut 2

Kredit foto: Instagram @ammar_alfian

       

"Anda memilih untuk percaya kenyataan sebelah pihak sahaja.

"Kepada rakan mahupun mereka yang berpura-pura, jika anda disekat atau saya tidak megikuti anda, ia bermaksud saya tahu anda berdiri untuk menentang saya.

"Saya maafkan anda semua tetapi saya tidak akan pernah melupakan... Terima kasih," katanya.

Terdahulu, isteri pelakon itu menerusi Instagram mendedahkan perkahwinannya bergolak apabila mendakwa suaminya berlaku curang.

Apa yang menyedihkan apabila dalam masa yang sama, Nelissa kini sedang sarat hamil enam bulan.

Rumah tangga berusia tiga tahun itu dibina sejak 6 Mac 2016, secara tertutup tanpa dimaklumkan kepada pihak media.

       

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)