isteri ajak shiro suspek jangkitan mers cov ini perkembangan terbarunya 1

Kredit foto: The Malay Mail Online

Isteri pelawak Ajak Shiro disahkan bebas jangkitan wabak MERS-CoV selepas mengalami demam berpanjangan sewaktu tiba daripada mengerjakan umrah, bulan lepas.

Ajak berkata, isterinya, Nur Afifah Amin, mula dikuarantin selepas menunjukkan tanda-tanda penyakit itu apabila mendapat rawatan di hospital pada Rabu.

isteri ajak shiro suspek jangkitan mers cov ini perkembangan terbarunya 2

Kredit foto: Instagram Ajak Shiro

"Siapa tidak risau apabila isteri demam panas tidak kebah, sakit sendi, sesak nafas dan hidung tiba-tiba berdarah, tambahan pula kami baru beberapa hari pulang ke tanah air," katanya memetik portal BH Online.

Mengulas lanjut, Ajak berkata, awalnya isterinya hanya mendapatkan pemeriksaan di klinik, sebelum dinasihat doktor supaya menerima rawatan lanjut di hospital.

"Awalnya saya membawa isteri ke klinik untuk menerima rawatan. Disebabkan suhu badannya tinggi dan ada beberapa tanda membimbangkan, doktor menyarankan kami ke hospital untuk membuat ujian darah.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, isteri diletakkan di wad berasingan. Alhamdulillah, selepas pemeriksaan, dia disahkan bebas wabak MERS-CoV dan kini sudah dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

Ajak membuat kenyataan tersebut di majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-32 di Nilai, Negeri Sembilan yang mana beliau turut ditemani Nur Afifah dan tiga orang anak mereka, Mohd Jad Thaqif, 7; Mohd Had Thaqif, 4; dan Nada Soffea, 2.

Ajak yang juga anggota kumpulan Shiro berkata, isterinya itu menggesa agar dapat dikeluarkan daripada wad lebih awal kerana ingin melaksanakan kejutan majlis hari lahir beliau yang dirancang sejak dua minggu lepas.

Tentang pemilihannya sebagai pengacara baharu Melodi, Ajak menganggap ia sebagai cabaran baru dalam kariernya.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)