Kredit foto: Rotikaya

Ajak Shiro melahirkan rasa terkejut apabila menerima gelaran 'Orang Kaya' oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Haji Noh. 

Kepada mereka yang menonton Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) minggu kelapan, anda pasti tidak dapat melupakan watak Ajak sebagai 'Usop Orang Kaya' dalam sketsa bertemakan peribahasa dan Karoot Komedia minggu tersebut. 

Ajak mendedahkan, kejadian bermula apabila dia dan isteri secara tidak sengaja makan di sebuah restoran di Shah Alam yang turut dikunjungi oleh ahli Parlimen Tanjong Karang itu. 

ajak shiro terkejut diberi gelaran oleh menteri 2

Kredit foto: Astro Gempak 

Saya dan isteri singgah di sebuah restoran dan secara kebetulan beliau sedang makan di tempat sama. Kami berbual dan tiba-tiba beliau memanggil saya dengan nama 'Orang Kaya Ajak'. Saya terkejut dan apabila melihat reaksi saya, beliau memberitahu baru lepas menonton persembahan Shiro di telefon bimbitnya. Apa yang buat saya terharu, apabila beliau memuji persembahan Shiro pada minggu lalu dan berkata mesej dibawa berjaya disampaikan dengan baik. Saya ingat seorang Menteri itu 'serius' 24 jam. Saya terharu apabila beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada Shiro supaya sentiasa memberikan persembahan terbaik. Beliau turut berpesan supaya Shiro kekalkan persembahan dengan menyelitkan mesej positif dan menjadikan lawak sebagai medium untuk menyampaikan moral yang baik kepada orang ramai terutama generasi muda. 

Sumber: Astro Gempak 

Pendedahan tersebut dibuat Ajak pada petang Isnin lalu ketika menjayakan sesi fotografi untuk sebuah program komedi terbaru yang bakal ke udara di Astro tidak lama lagi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)