Oleh pada 20 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Isa Isarb

    

Personaliti media sosial dan youtuber, Isa Isarb atau nama penuhnya, Isa Batharul Zaman, sememangnya tidak asing lagi di pendengaran ramai sebagai seorang penerbit kandungan video bercorak pengalaman sosial (social experiment) dan prank. 

Baru sahaja menjengah umur 22 tahun, dia turut terbabit memegang peranan sebagai seorang usahawan yang mengeluarkan pakaian berjenama ‘Isarb’, malah kini sedang dalam perancangan menghasilkan cabang produk lain.

Populariti diraih dimanfaatkan sama untuk penghasilan single pengenalan yang berjudul 'Sampai' yang sehingga kini mencatatkan lebih 4.1 juta angka tontonan di laman perkongsian video Youtube.

Tidak terlepas daripada kontroversi yang menjadi asam garam dunia glamor, Isarb turut sama terheret dengan isu panas apabila tindakannya mengagihkan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada petugas media di hadapan Istana Negara, menerima kecaman hebat di kalangan warganet.

Namun ia sekalipun tidak menjadi titik noktah kepada perjuangan pemuda yang berasal dari Selangor ini dalam menghasilkan lebih banyak kandungan video yang disifatkan ramai sebagai unik dan lain daripada yang lain.

Manakan tidak, video-video yang dikongsikan secara tidak sedar telah menjentik kesedaran orang ramai tentang realiti dan gelagat masyarakat di negara ini dalam berhadapan pengalaman sosial yang wujud dalam kehidupan seharian kita.

   

biodata isa isarb 595

Kredit foto: Instagram Isa Isarb

   

“Jangan salah faham dengan kandungan video aku. Ramai salah faham dan tafsir.

“Mereka menghukum tanpa melihat sampai habis. Tengok separuh sahaja,” katanya seperti dilaporkan Utusan.

Tidak patah semangat, remaja berfikiran jauh ini kekal optimis sedang berpendapat hakikat penerimaan ramai yang lebih ke arah positif melebihi hentaman diterima.

   

Baca: Biodata Isa Isarb

    

isa isarb 883

Kredit foto: Instagram Isa Isarb

   

“Tujuan aku sebenarnya untuk berkongsi rezeki dan bukannya menunjuk-nunjuk. Sebab itu, ramai instafamous dan youtuber lain aku jemput dalam video aku,” katanya berhubung dakwaan mengatakan kononnya dia mementingkan wang, `bermain’ dengan duit dan riak dengan apa dimiliki.

Apa sekalipun tohmahan dilemparkan, anak muda yang bakal terbit dengan single duet bersama Tuju K-Clique ini seharusnya mendabik dada dengan aset rumah sendiri yang bernilai RM 1.8 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, single duet terbaharunya itu yang memulakan sesi rakaman sejak 8 Julai lalu dijangka menemui pendengar tidak lama lagi.

     

Baca: Biodata Isa Isarb

   

Kredit video: Isa Isarb - Sampai (Official Music Video)

   

Sumber berita: 22 tahun dah miliki aset RM1.8 juta!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)