Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly
Menerusi ruangan Mary Jane di akhbar sisipan Pancaindera, Utusan Mingguan baru-baru ini mendedahkan gosip di mana pelakon Iqram Dinzly dikatakan telah mengunjungi sebuah kelab malam di Pulau Langkawi dalam keadaan berserban. Imej tersebut menjadi pertikaian netizen kerana ramai yang menganggap ia tidak bersesuaian dengan lokasi yang dikunjunginya.
Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly
Iqram menerusi sebuah wawancara terbaru tampil mengesahkan dakwaan tersebut.
Ya, memang betul saya mengaku ada pergi ke kelab malam di Langkawi. Dengan memakai serban seperti mana yang diperkatakan oleh kolum itu di Pancaindera, ia memang saya.
Sumber: Utusan Online
Bagaimanapun Iqram kesal kerana tindakannya itu memberi persepsi buruk kepada masyarakat. Menurutnya, kunjungannya hanyalah semata-mata untuk berhibur dan berjumpa dengan rakan-rakan.
Sepanjang saya berada di tempat itu, saya tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang. Bukan datang untuk berseronok sangat pun. Saya hanya ingin melihat suasana dan salahkah saya nak rapatkan hubungan dengan sesama manusia? Selagi perkara itu tak melanggar akidah saya sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan besar pun. Saya sebenarnya pelik, kenapa ada pihak nak pertikaikan saya pergi kelab malam? Ramai lagi orang yang kita pergi ke sana untuk minum minuman keras tetapi tak ada yang ambil perhatian pun. Sebaliknya cerita saya pakai serban pula yang dijaja sampai ke Kuala Lumpur.
Sumber: Utusan Online
Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly