Kredit foto: encikshino.com
Kesalahan rata-rata pemandu yang gemar membuat 'double parking', meletakkan kenderaan dalam dua petak dan lebih tidak bertimbang rasa, meninggalkan kenderaan di tempat khas OKU begitu menampakkan kecetekan dan rendahnya sivik pemikiran pemandu-pemandu kita di Malaysia. Bagi yang bergelar pemandu, anda pasti sudah terbiasa berhadapan dengan situasi sebegini.
Baru-baru ini, foto sebuah kereta Honda CRV telah menjadi tular kerana menghalang laluan masuk di sebuah bangunan di Langkawi.
Kejadian bermula apabila seorang pemandu meninggalkan sekeping nota bertulis “kereta besar otak kecik” di atas cermin kereta tersebut, lalu memuatnaik foto kenderaan itu di laman sosial.
Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Iqram Dinzly
Selepas menjadi tular, tiba-tiba saja pelakon Iqram Dinzly tampil memberi respon sekaligus menjawab teka-teki orang ramai tentang siapa sebenarnya empunya kenderaan tersebut.
Dalam respon Iqram yang dibuat melalui akaun Instagramnya, dia memuat naik sekeping swafoto bersama kapsyen sinis yang ditujukan kepada penulis nota itu.
Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Iqram Dinzly
Bagaimanapun tindakan Iqram dilihat orang ramai sebagai kurang bijak kerana cuba mempertahankan kesalahan yang jelas berada di pihaknya.
Kredit foto: Beautifulnara & Instagram Iqram Dinzly
Pada pandangan kami sebagai selebriti, Iqram seharusnya tampil memberi respon yang lebih bersifat profesional. Tak salah merendahkan ego untuk memohon maaf kerana kesalahan sememangnya jelas di pihak anda.