Dengan ekonomi yang semakin membangun, sektor perbankan di Malaysia terus kukuh. Sektor perbankan negara kita sangat aktif dalam pemberian pinjaman perniagaan dan menawarkan pelbagai produk perbankan, serta perkhidmatan kewangan.

Malah, kerajaan Malaysia telah membentuk Jawatankuasa Basel terhaadap Penyeliaan Perbankan untuk mengawal selia, mengawasi dan menguruskan sektor ini. Malaysia juga merupakan negara yang mempunyai beberapa buah bank terbesar di Asia Tenggara dari segi pemilikan Aset.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca 4 bank terbesar di Malaysia dari segi pemilikan aset.

4. RHB Bank

rhb bank bank terbesar di malaysia dari segi pemilikan aset

Dengan jumlah aset sebanyak RM233.5 bilion, Kumpulan Perbankan RHB merupakan institusi perbankan ke-4 terbesar di Malaysia. Bank ini mempunyai lebih daripada 190 buah cawangan di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan di negara-negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia , Singapora, Thailand, Vietnam, Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia dan Hong Kong.

RHB Bank ditubuhkan pada tahun 1997 berikutan penggabungan antara DCB Bank dan Kwong Yik Bank, dan kini dipimpin oleh Azlan Zainol sebagai pengerusi kumpulan.

Kumpulan ini adalah pembekal kewangan domestik yang pertama yang menubuhkan bank Islam di Malaysia. Perbankan runcit RHB menyediakan perkhidmatan dan produk seperti insurans, pinjaman, dan pengurusan kekayaan sementara perbankan perniagaan berfungsi sebagai perkhidamatan komersial dan pelangga SME.

3. Public Bank Berhad

public bank berhad bank terbesar di malaysia dari segi pemilikan aset

Public Bank Berhad yang beribu pejabat di Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan kewangan di Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik. Bank ini ditubuhkan pada tahun 1966 dan telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia pada tahun 1967.

Kini, Public Bank Berhad adalah salah satu bank terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara dengan aset melebihi RM363 bilion. Ia juga merupakan bank terbesar dari segi dana pemegang saham dan yang kedua terbesar dari segi permodalan pasaran.

Diasaskan pada tahun 1966 oleh Teh Hong Piow, Public Bank kini terkenal dengan prestasi kewangan dan penilaian kewangan yang konsisten dari agensi penarafan tempatan dan antarabangsa.

2. Kumpulan CIMB

cimb bank bank terbesar di malaysia dari segi pemilikan aset

Kumpulan CIMB adalah salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara. CIMB juga merupakan salah satu bank Islam terbesar di dunia dan kelima terbesar di ASEAN dengan jumlah aset RM508.2 bilion.

Bank yang merupakan gabungan beberapa buah institusi perbankan lain pada tahun 2006 ini mempunyai rangkaiannya di 16 negara di Asia.

Kumpulan CIMB yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mengendalikan lebih 1,000 cawangan di rantau ini diterajui oleh Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Abdul Razak.

Rangkaian dan perkhidmatan kumpulan ini dipromosikan oleh rakan kongsinya termasuklah Standard Bank dan Bank Tokyo. 

1. Maybank

maybank bank terbesar di malaysia dari segi pemilikan aset

Berada di tangga pertama senarai adalah bank terbesar di Malaysia dan ke-4 di Asia Tenggara dengan jumlah aset sebanyak RM708 bilion. Maybank mempunyai lebih daripada 2,000 cawangan antarabangsa dan pejabat di lebih daripada 20 buah negara.

Bank yang ditubuhkan pada tahun 1960 dan mempunyai lebih daripada 45,000 kakitangan ini menawarkaan produk perbankan yang komprehensif dan perkhidmatan termasuklah komersial, pelaburan dan perbankan Islam, pajakan, insurans, dan pengurusan aset kepada lebih daripada 20 juta pelanggannya.

Maybank juga merupakan syarikat tersenarai awam terbesar di Bursa Saham Malaysia dengan permodalan pasaran terbesar di negara ini. Diasaskan oleh Khoo Teck Puat dan Oei Tjong Ie, kini Maybank diterajui oleh Abdul Farid Alias.




Hakcipta iluminasi.com (2017)