Oleh pada 05 Mar 2017 kategori

Sebuah kejadian malang melibatkan seorang wanita yang tercedera akibat tertusuk satu objek pada betisnya ketika sedang menuruni eskalator di sebuah pusat beli-belah di Subang.

Menerusi maklumat yang diterima orang ramai di media sosial, objek tersebut yang didakwa besi, terkeluar secara tiba-tiba ketika dia menggunakan eskalator tersebut.

Beberapa foto insiden terbabit menjadi tular dimana ianya jelas menunjukkan darah yang mengalir dari betis wanita berkenaan yang masih lagi ditusuk besi itu.

insideneskalatorsubang2 661

Dalam pada itu, pihak Sunway Pyramid dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut di pusat beli-belah itu petang tadi.

Hari ini sekitar jam 4 petang, seorang pengunjung cedera disebabkan oleh insiden eskalator. Pengunjung itu telah diberi rawatan medikal. Kami sedang menyiasat situasi dan akan mengemaskini selepas mendapat butiran lengkap.

Sumber: Facebook Sunway Pyramid

insideneskalatorsubang3

Kredit foto: Facebook Kelab Info Malaysia

Sumber berita: Siakapkeli




Hakcipta iluminasi.com (2017)