Kredit foto: Sinar Harian

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih merah jambu sebagai warna tema bilik tidur bayinya yang dijadualkan lahir Mac ini.

Pendedahan itu dikongsikan oleh pereka hiasan dalaman terkenal, Pengasas Lentera Creative Home, Amran Azhar.

Kata Amran, pemilihan konsep Inggeris dibuat Siti kerana beliau gemarkan bunga-bungaan yang dianggap bersesuaian dengan bayi berjantina perempuan.

Malah, Siti mahukan warna merah jambu muda supaya kelihatan lebih 'sweet' dengan bayi perempuannya.

"Kami baru berbincang dengan Datuk Siti beberapa hari lalu. Kemudian dah siap ukur sekali untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja.

"Jadi InsyaALLAH menjelang hujung bulan ini akan siaplah bilik baby Datuk Siti ini," kata Amran.

Menurutnya lagi, idea keseluruhan adalah daripada Siti yang digabungkan dengan cadangan daripada pihak beliau.

"Selain idea Datuk Siti sendiri, kami juga ada tunjukkan gambar-gambar cadangan untuk beliau pilih," jelasnya.

Perkhidmatan Amran seringkali diguna pakai Siti dalam hal ehwal menghias ruang berlandaskan citarasanya.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)