Kredit foto: engkumuzahadin.blogspot.com

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berasakan isu penghinaan terhadap bapa Watson Nyambek merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius meskipun permohonan maaf telah dibuat oleh pihak Ammar Tiran selaku pengacara rancangan 'Sukan Tak Sentral'.

Menurut Zed, pihaknya akan melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan disiplin akan diambil terhadap Ammar jika dia adalah ahli Seniman.

Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini. Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti.


Saya percaya pengacara tersebut juga akan terasa apabila nama bapanya dipermainkan atau dihina apatah lagi bila orang tuanya itu sudah tiada, apakah perasaan anda ketika itu? Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.


Adakah itu cara stesen TV mengajar anda untuk berbuat demikian apabila di kaca TV atau di radio? Adakah ini di panggil professional menggunakan lawak bagi sebuah penghinaan dan tidak memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia?.

Menurutnya lagi, permohonaan maaf sahaja tidak memadai memandangkan imej Watson Nyambek sudah terjejas setelah isu tersebut menjadi tular di internet.

Sumber: mStar Online & beautifulnara.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)