akhirnya zed zaidi beri respon isu david teo ditampar mat over

Kredit foto: malaysiandigest.com

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berharap masyarakat tidak memanjangkan isu yang melibatkan penerbit David Teo dan pelawak Mat Over semasa 'Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni'  baru-baru ini.

Kita dah selesai masalah itu sebab kita tak jangka benda ini. Kita dapat menyelesaikan isu ini secara profesional dan cepat, pihak luar jangan panaskan lagi isu ini.

Bagi saya, benda ini tidak perlu diperbesarkan lagi sebab Seniman dah bertindak lebih pantas, David dan Mat Over telah bersalam depan perdana menteri.

Benda itu (bersalaman) bukan terpaksa, saya sendiri berjumpa David dan saya sendiri pergi tenangkan Mat Over dan dua-dua pihak boleh terima dan ikhlas memaafkan satu sama lain.

Menurut laporan Harian Metro sebelum ini, David Teo memberitahu dia tidak mengenali Mat Over dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang atas insiden tersebut.

Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja, sedangkan saya juga mahu tanya soalan kepada perdana menteri.

Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya.

Sementara itu, Mat Over atau nama sebenarnya, Sulaiman Yassin berkata dia tidak kesal dengan tindakannya yang menampar David semasa majlis berkenaan sedang berlangsung.

Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

Justeru itu, Zed Zaidi pula menjelaskan bahawa pihak Seniman tidak mengambil mudah atas apa yang terjadi dan berusaha untuk memastikan perkara sama tidak berulang di masa hadapan.

Mungkin kita boleh buat post-mortem supaya lain kali perkara ini tidak berlaku, dan kita juga akan memastikan masa lebih lama diperuntukkan kepada artis untuk tanya perdana menteri.

Memang kita tahu semalam masa agak pendek dan ramai nak menyuarakan pandangan. Jadi, moderator kesuntukan masa untuk memberi peluang kepada semua penggiat seni.

Sumber: freemalaysiatoday.com


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)