Oleh pada 24 Apr 2017 kategori

watson nyambek kecewa rancangan komedi hina bapanya 948

Kredit foto: bulletinmedia.blogspot.com

Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek berasa kecewa dengan penyiaran sebuah program komedi, Sukan Tak Sentral siaran TV3 yang menghina mendiang bapanya menerusi epoisod yang disiarkan baru-baru ini.

Menerusi Facebooknya, Watson berasa tersinggung dengan pengacara rancangan tersebut, Azizul Ammar yang membuat bunyi seakan kambing apabila menyebut nama bapanya itu.

Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, beliau belum pernah dihina sebegitu rupa sepanjang melibatkan diri dalam bidang sukan.

Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya.

Tambahnya lagi, stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutamanya yang telah meninggal dunia.

Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan.

Kenyataan Watson itu turut mendapat perhatian para netizen yang menyokongnya dan mahukan beliau menyaman stesen televisyen berkenaan yang ternyata biadap dengan mempermainkan nama individu yang telah meninggal dunia. 

Sumber: Bernama & Siakapkeli.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)