farid kamil dikatakan hutang ah long zed zaidi beri jawapan

Kredit foto: Instagram Zed Zaidi & Astro Gempak

Sebelum ini, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendedahkan terdapat 300 selebriti tempatan sedang berhutang dengan ah long dengan nilai mencecah RM60,000!

Sementara itu, menerusi laporan terkini yang dikeluarkan akhbar Kosmo, Presiden Seniman, Zed Zaidi mengesahkan aktor dan pengarah, Datuk Farid Kamil tiada dalam senarai terbabit.

Zed berkata, kebanyakan artis yang diburu ah long itu iaitu sejak tahun 2015 adalah di kalangan selebriti lelaki.

"Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita membantu mereka.

"Semakan mendapati Farid Kamil bukan salah seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak boleh mendedahkan nama-nama artis terlibat atas faktor keselamatan mereka," katanya.

Pihak polis yakin punca utama Farid mengamuk turut dipengaruhi oleh kesan sampingan dadah jenis ganja yang diambilnya.

Ada sumber berpendapat pengambilan dadah akan membuatkan seseorang individu gagal mengawal emosi sewaktu khayal terutamanya ketika tertekan.

"Orang yang normal tidak akan berlaku ganas dengan menampar polis dan menendang orang awam. Orang yang di bawah pengaruh dadah boleh melakukan apa sahaja perbuatan jenayah," katanya.

Sumber berita: Kosmo & Beautifulnara

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)