inilah punca elizabeth tan sudah tidak mahu menyanyi

Kredit foto asal: Instagram.com/elizabethtsm

Penyanyi Elizabeth Tan yang mengeluarkan single terbarunya bertajuk 'Darling' mendedahkan yang dia sebenarnya sudah tidak berminat untuk menjadi seorang penyanyi.

Menurut penyanyi manis yang lebih dikenali dengan nama panggilan Lizzy ini memberitahu yang minatnya terhadap bidang nyanyian semakin hilang berikutan sifat ingin mencubanya dahulu.

Saya sendiri tidak pernah menyangka akan jadi penyanyi kerana sejak kecil saya selalu berangan-angan hendak bergelar pelakon.

Pada awal dahulu saya memang teruja kerana banyak dapat tawaran dan bayaran lumayan tetapi lama kelamaan saya sedar ia bukan minat sebenar saya.

Setiap kali naik ke pentas saya merasakan tiada jiwa dan saya memang tiada karisma seperti penyanyi lain apabila mengadakan persembahan .

Tambah Elizabeth lagi, mentornya iaitu Faizal Tahir juga sudah maklum tentang perkara tersebut dan pernah mencadangkan supaya dia berehat menyanyi buat sementara waktu.

Saya beritahu kepadanya dan dia faham apa yang saya rasai dan meminta saya berehat dan melakukan perkara lain dalam karier seni.

Syukur Faizal sangat memahami dan banyak memberi dorongan dalam saya mencari diri saya sebagai seorang anak seni.

Walaubagaimanapun, Elizabeth menegaskan yang dia tidak akan terus meninggalkan dunia nyanyian secara keseluruhan tetapi akan bergiat aktif dalam bidang penulisan lirik dan penggubahan lagu pula.

Saya seronok menulis, menggubah lagu dan merakamkan lagu di studio cuma saya tidak suka mengadakan persembahan pentas.

Saya akan terus menyanyi, buat lagu tetapi mungkin tidak seaktif seperti mana di awal kemunculan saya sebelum ini .

Dalam pada itu, Elizabeth akan lebih fokus terhadap bidang lakonan selepas ini memandangkan ia merupakan minat mendalamnya.

Mengulas lanjut mengenai drama bersiri pertamanya yang berjudul 'My Darling Inspektor Daniel' terbitan Skop Productions, Elizabeth berharap ianya menjadi batu loncatan untuk mendapat lebih banyak peluang bagi meluaskan lagi kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Pengalaman berlakon dalam drama itu memang menyeronokkan dan banyak yang saya belajar untuk memperbaiki mutu lakonan.

Ada juga beberapa tawaran lakonan lain yang datang tetapi saya masih belum putuskan dan ini permulaan baik untuk saya .

Sumber berita: mStar Online


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)