inilah punca azmi caliph buskers hampir tolak lagu buta

Kredit foto: Instagram.com/caliphbuskersofficial

Penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat menjelaskan yang dia hampir tidak bersetuju untuk berkolaborasi dengan penyanyi terkenal Faizal Tahir menerusi single terbarunya hanya kerana ianya berjudul 'Buta'.

Menurut Azmi, penerimaan masyarakat adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan memandangkan tajuk lagu tersebut mungkin menyinggung perasaan mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Pada awalnya saya menolak untuk menyanyikan lagu ini kerana bimbang akan dikecam dan dianggap tidak sensitif oleh sesetengah pihak.


Bagaimanapun setelah diyakinkan bahawa lagu tersebut terselit banyak mesej positif, saya terus bersetuju dan alhamdulillah tertunai satu lagi hasrat saya untuk berkolaborasi dengan Faizal Tahir yang sememangnya menjadi impian saya selama ini.

Pada majlis pelancaran single tersebut baru-baru ini, Azmi menjelaskan tentang keistimewaan lagu ciptaan Faizal Tahir bersama dua komposer lain iaitu Ezra Kong dan Mike Chan itu yang terletak pada liriknya yang tidak mengandungi perkataan buta.

Itu yang uniknya tentang lagu ini dan saya yakin jika diamati secara mendalam liriknya, Buta juga mampu memberi motivasi kepada mereka yang senasib dengan saya .

Sementara itu, Mike Chan selaku salah seorang komposer lagu tersebut berkata bahawa melodi, lirik dan cara penyampaian merupakan kekuatan kepada lagu 'Buta'.

Kualiti adalah antara faktor utama yang kami fokus ketika menghasilkan lagu ini. Melodinya dibuat dalam waktu yang singkat cuma liriknya sahaja yang memakan masa lebih kurang dua minggu.


Ini kerana kami mahu mencari perkataan yang tepat supaya Azmi selesa menyanyikannya .

Sumber berita: mStar Online 


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)