Oleh pada 24 Jun 2018 kategori

ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu

Di sebalik keghairahan yang dibawa oleh kejohanan 4 tahun sekali ini, Piala Dunia juga menampilkan sesuatu yang sangat unik.

Walaupun kejohanan ini dikatakan mampu disaingi oleh Sukan Olimpik, namun ada satu perkara yang tidak boleh ditandingi mana-mana kejohana sukan, iaitu trofi Piala Dunia.

Trofi yang sangat ikonik ini terkenal di seluruh dunia dan hampir semua orang mengenalinya. Namun, disebalik kehebatan trofi ini, terdapat sejarah tersurat yang tentang bagaimana ia boleh tercipta dan berdiri gah sehingga ke hari ini.

Jom iluminasi.com kongsikan sejara trofi Piala Dunia yang anda lihat pada hari ini.

Kisah Dewi Emas

trofi jules rimet ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu

Piala Jules Rimet yang sebelum itu diberikan nama "Victory", dihadiahkan kepada pemenang Piala Dunia sehingga tahun 1970. Presiden FIFA ketiga iaitu Jules Rimet meluluskan undi untuk memulakan kejohanan bola sepak global buat kali pertama pada tahun 1929. 

Setahun kemudian, beliau menganugerahkan piala tersebut kepada pasukan Uruguay yang memenangi Piala Dunia yang pertama dalam sejarah. Piala itu kemudiannya dinamakan semula sebagai penghormatan kepada jasa Jules Rimet selepas Perang Dunia Kedua.

trofi jules rimet ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu 2

Direka oleh pengukir Perancis, Abel Lafleur, piala tersebut menggambarkan dewi Yunani purba yang sedang menjulang cawan berbentuk decagonal. Patung idaman itu adalah seberat 3.8 kilomgram dan diperbuat daripada perak sterling bersalut emas di atas dasar lapis lazuli. 

Trofi ini diberikan nama jolokan "Dewi Emas". Pada plak emas yang dilekatkan kepada empat bahagian pada tapak trofi ini, setiap nama negara yang pernah memenangi Piala Dunia dari tahun 1930 hingga 1970 diukir, iaitu Uruguay, Itali, Jerman, England dan Brazil.

pele dan trofi jules rimet

Selepas memenangi Piala Dunia buat kali ketiga pada tahun 1970 di Mexico, Brazil mendapat hak untuk menyimpan piala tersebut selama-lamanya, menurut peraturan FIFA ketika itu.

Tiga kecurian dan seekor anjing

ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu 3

Pada tahun 1930, Piala Jules Rimet memulakan pelayaran sulungnya ke Uruguay di atas kapal transatlantik iaitu Conte Verde. Ketika Perang Dunia Kedua meletus, piala ini disimpan oleh Itali yang memenangi Piala Dunia 1938. 

Itali yang pada ketika itu sangat tidak selamat untuk menyimpan trofi berharga di tengah-tengah kekacauan yang melanda, membuatkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali, Ottorino Barassi memutuskan untuk menyembunyikannya dengan cara yang kelihatan seperti kecurian.

Beliau secara diam-diam mengeluarkan trofi itu dari peti besi bank dan menyembunyikannya di dalam sebuah kotak kasut di bawah katilnya, dengan harapan bahawa Nazi tidak akan menemuinya di situ.

Trofi tersebut selamat, dan pada tahun 1950, ia dianugerahkan kepada Uruguay, yang memenangi kejohanan Piala Dunia selepas perang, sekali lagi.

Pada 20 Mac 1966, 4 bulan sebelum Piala Dunia 1966 berlangsung di England, Piala Jules Rimet telah dicuri ketika dipamerkan di Westminster Centrall Hall, walaupun dengan kawalan keselamatan 24 jam, yang menyebabkan kegemparan hebat.

polis british menemui semula trofi jules rimet

Seluruh pasukan polis London dikerah untuk mencari pencuri trofi ini yang menuntut wang tebusan sebanyak £15,000. Mereka dengan tergesa-gesa menghasilkan replika trofi ini bagi menggantikan yang asal, sekiranya ia tidak dapat ditemukan semula sebelum kejohanan bermula.

Namun, seekor anjing bernama Pickles telah menyelamatkan keadaan untuk England dengan menjumpai piala tersebut yang dibalut dengan suratkhabar ketika bersiar-siar bersama tuannya, David Corbett.

pickels anjing yang menemukan trofi piala dunia 438

David yang merupakan peminat bola sepak tahu apa yang berada dalam bungkusan suratkhabar itu menyerahkan trofi tersebut kepada pihak berkuasa.

Terdapat khabar angin bahawa David Corbett dijemput ke majlis makan malam sebagai tanda penghormatan ketika England memenangi Piala Dunia pada tahun tersebut dan dihadiahkan £6,000, manakala anjingnya diberikan bekalan makanan seumur hidup.

Trofi replika yang dihasilkan atas alasan keselamatan itu dijual pada lelongan kepada FIFA dengan harga £254,500 pada tahun 1997. 

ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu 4

Piala Jules Rimet kemudiannya berpindah ke Brazil pada tahun 1970, namun itu bukanlah pengakhiran bagi kontroversi yang dialaminya. Berita bahawa trofi Dewi Emas itu hilang telah menggemparkan dunia pada Disember 1983.

Beberapa orang telah mencuri trofi tersebut dari kabinet pameran di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Brazil di Rio, dengan membuka pintu belakang kabinet tersebut menggunakan rod besi.

4 lelaki tersebut didakwa dan disabitkan kesalahan atas kesalahan mencuri dan trofi itu gagal ditemui. Jadi, mengikut jejak langkah England, Brazil terpaksa menghasilkan replika Piala Jules Rimet dan tiada siapa tahu apa yang berlaku kepada trofi asli tersebut.

Ramai yang mempercayai bahawa sama ada ia dicairkan dan dijual, atau menjadi koleksi peribadi seseorang.

Sejarah trofi Piala Dunia yang baharu

silvio gazzaniga pencipta trofi piala dunia baharu 2

Selepas meyerahkan Piala Jules Rimet kepada Brazil, FIFA terpaksa mengarahkan penggantian trofi untuk Piala Dunia 1974. 53 penyertaan diterima bagi tender reka bentuk piala yang baru, yang diumumkan pada tahun 1971, daripada pengukir di 7 buah negara.

Silvio Gazzaniga, pengukir dari Itali, yang dinobatkan sebagai pemenang merekabentuk piala yang baru, telah menghantar dua reka bentuk yang mana dimenangi oleh rekabentuk pertama.

"Untuk menghasilkan simbol universal, saya mendapat ilham daripada dua imej asas, iaitu atlet yang berjaya dan dunia. Saya ingin mencerminkan kegembiraan pemain bola sepak yang memenangi kejuaraan, seorang lelaki yang berubah disebabkan kemenangannya, tetapi tanpa ego manusia yang tinggi. Wira sukan ini yang memeluk dunia dengan tangannya, mencerminkan kekuatan yang diperlukan untuk melakukan pengorbanan setiap hari dengan ahli pasukannya dan ciri-ciri sejagat sukan seperti komitmen dan kebebasan," jelas Silvio Gazzaniga.

silvio gazzaniga pencipta trofi piala dunia baharu

Khabar angin mengatakan bahawa Silvio tinggal di studionya selama seminggu untuk menghasilkan trofi tersebut. Beliau sendiri kemudiannya mengakui bahawa sebenarnya sebahagian besar daripada kerja itu tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Walaubagaimanapun, trofi tersebut diperbuat daripada emas pepejal, butiran yang lebih halus yang dihasilkan membuktikan ianya adalah satu cabaran besar dan terpaksa ditambah selepas pembentangan pertama trofi ini.

Trofi emas seberat 5 kilogram

ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu 6

Tidak seperti trofi sebelum ini, trofi baru ini diperbuat daripada 5 kilogram emas 18 karat. Trofi ini berukuran 36.8 sentimeter tinggi dan seberat 6.142 kilogram. Tapaknya berdiameter 13 sentimeter dengan dua lapisan malachite, sepada dengan warna padang bola sepak.

Trofi ini menggambarkan dua tokoh manusia yang sedang menjunjung Bumi.

"Kedua-dua pemain yang mengangkat tangan mereka melambangkan pasukan pada saat kegembiraan dan keghairahan kemenangan. Sfera di bahagian atas dibentuk dengan bagi menggambarkan imej benua-benua. Ini juga melambangkan bola sepak dan dunia, manakala garis-garis di antara dua pemain ini menggambarkan tenaga dalam sukan bola sepak," jelas Silvio.

ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu 0

Bahagian tapak trofi Piala Dunia diperbuat daripada dua cincin malachite hijau, dipisahkan oleh cincin emas yang tertulis nama kejohanan "FIFA World Cup".

Ia dilengkapi dengan plat emas yang mana diukir atasnya nama negara pemenang dalam bahasa tempatan, sebagai contoh "1974 Deutschland" atau "1994 Brazil". Nama tersebut disusun dalam bentuk bulatan, meninggalkan ruang untuk pemenang seterusnya. 

Di mana trofi ini disimpan?

ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu 7

Sebelum tahun 2006, trofi ini akan diserahka kepada negara yang menjadi juara, yang akan disimpan sehinggalah cabutan akhir Piala Dunia yang akan datang. Namun, ia tidak lagi dilakukan sedemikian.

Menurut peraturan semasa FIFA, pemenang kejohanan akan menerima trofi replika tembaga bersalut emas. Trofi sebenar dipamerkan di Muzium Bola Sepak Dunia FIFA di Zurich, Switzerland sejak tahun 2006.

ini sejarah trofi piala dunia yang ramai tak tahu 5

Ia hanya dibawa keluar dan dipamerkan ketika Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA oleh Coca-Cola di Cabutan Akhir bagi kejohanan tersebut dan juga di atas padang, serta di atas pentas ketika perlawanan akhir kejohanan ini.

Rujukan:

1. Welcome 2018

2. World Soccer

3. FIFA


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)