Oleh pada 13 Oct 2022 kategori

Piala Dunia FIFA hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kejohonan terulung dunia bola sepak yang dianjurkan setiap 4 tahun sekali ini pastinya dinanti-nantikan oleh setiap peminat bola sepak seluruh dunia setelah Perancis memenanginya pada tahun 2018.

Ketika ini, pastinaya setiap pasukan sedang menyiapkan senarai akhir pemain yang bakal mewakili negara masing-masing. Pasukan yang telah layak ke Piala Dunia di Qatar tahun ini telah melalui pusingan kelayakan dan akan berentap di pusinga akhir yang dijadualkan berlangsung pada  20 November hingga 18 Disember 2022.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam sejarah, kita telah menyaksikan beberapa negara yang telah diharamkan daripada menyertai pertandingan Piala Dunia FIFA atas sebab-sebab tertentu. Kali ini, mari lihat senarai 7 buah negara yang pernah diharamkan bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia walaupun telah layak secara merit. 

1. Jerman dan Jepun - Piala Dunia 1950

piala dunia 1950

Selepas edisi Piala Dunia 1942 dan 1946 dibatalkan kerana Perang Dunia II, kejohanan itu kembali pada tahun 1950. Tetapi Jerman dan Jepun tidak dibenarkan terlibat kerana terlibat secara langsung dalam Perang Dunia kedua.

Jerman kembali ke Piala Dunia pada 1954 dan memenangi pertandingan yang diadakan di Switzerland untuk kejuaraan pertama daripada empat gelaran. Manakala Jepun gagal melayakkan diri ke edisi 1954, dan tidak layak ke mana-mana kejohanan sehingga kejohanan pertama mereka dengan edisi 1998 di Perancis.

2. Afrika Selatan: Piala Dunia 1970 - 1990

afrika selatan apartheid 293

Fifa bersidang pada September 1961 dengan 67 persatuan ahli untuk membincangkan masalah apartheid yang memerintah di Afrika Selatan Selepas beberapa hari perbincangan, badan induk itu akhirnya menggantung Afrika Selatan daripada semua kejohanan bola sepak antarabangsa.

Larangan itu yang akan menandakan permulaan boikot yang lebih meluas berlangsung selama hampir 30 tahun sehingga selepas apartheid runtuh. Sehinggalah pad 1992 apabila Fifa membenarkan Afrika Selatan menyertai semula dan membawa dunia bola sepak ke negara itu ketika mereka menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010.

3. Mexico - Piala Dunia 1990 

mexico 171

Mexico merupakan tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia edisi tahun 1986. Malangnya, mereka telah diharamkan daripada Piala Dunia 1990 yang berlangsung 4 tahun berikutnya kerana telah membariskan pemain yan telah melebihi hads umur dalam kelayakan untuk Kejohanan Remaja Dunia 1989.

Piala Dunia 1990 dimenangi oleh Jerman Barat, setelah mereka menewaskan Argentina di final. Itali dan England masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

4. Chile - Piala Dunia 1994

chile roberto rojas

Brazil menjadi tuan rumah Chile di Stadium Maracana dalam perlawanan kelayakan terakhir zon Amerika Selatan ke edisi 1990. Dan dengan perlawanan berbaki 20 minit, Brazil hampir pasti layak dengan keputusan seri yang cukup untuk memenangi perlawanan dan mengesahkan kedudukan akhir.

Tiba-tiba penjaga gol Chile Roberto Rojas berpura-pura cedera akibat suar yang dilemparkan oleh peminat semasa pertembungan negaranya menentang Brazil pada 1989 itu. Seorang jurugambar walau bagaimanapun berjaya membongkarkan muslihatnya yang mencederakan kepalanya sendiri menggunakan pisau lipat yang disorokkan dalam sarung tanggannya.

Chile diharamkan daripada Piala Dunia FIFA 1994 sementara Roberto Roja digantung daripada kejohonan utama seumur hidup.

5. Myanmar - Piala Dunia 2006

myanmar digantung 726

Fifa pernah mengharamkan negara yang pernah dikenali sebagai Burma daripada Piala Dunia 2006 di Jerman. Ia mengeluarkan penggantungan untuk kejohanan itu selepas Myanmar enggan bermain menentang Iran semasa perlawanan kelayakan dan menarik balik penyertaan mereka untuk edisi 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Fifa juga pernah melarang Myanmar daripada bertanding di peringkat kelayakan Piala Dunia 2018 selepas masalah peminat menghentikan perlawanan kelayakan Asia 2014 menentang Oman pada Julai 2011. Tetapi badan induk bola sepak kemudian menarik balik penggantungan itu atas rayuan.

6. Rusia - Piala Dunia 2022

rusia digantung

Rusia adalah negara terbaharu yang diharamkan oleh Fifa daripada bertanding di Piala Dunia dengan pengecualian mereka daripada Qatar 2022. Fifa dan badan induk Eropah UEFA bersetuju untuk menggantung semua pasukan Rusia – domestik dan antarabangsa – sehingga diberitahu kelak pada bulan Februari.

Fifa dan UEFA mengeluarkan penggantungan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Ia menyingkirkan Rusia daripada play-off kelayakan UEFA untuk Piala Dunia di Qatar sebelum perlawanan separuh akhir dengan Poland yang mara untuk menewaskan Sweden dalam final Laluan B.

Kredit:

  1. Sportbible
  2. HITC
  3. Eurosport



Hakcipta iluminasi.com (2017)