(Kredit gambar: Unikversiti)

Wang adalah cara yang kita gunakan untuk mengukur nilai sesuatu. Setiap nota atau duit syiling mempunyai nilai muka yang jelas ditunjukkan dan ini adalah sistem global yang digunakan supaya orang dapat menukarkan wang dengan produk dalam proses pembelian.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syiling yang nilainya lebih berharga daripada nilai mukanya. Ini biasanya kerana syiling itu sangat jarang ditemui atau sangat tua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

syiling 50 sen 1976

Ia mungkin telah menjadi sebahagian daripada pengeluaran duit syiling terhad atau menjadi satu daripada hanya beberapa contoh duit syiling dari masa tertentu dalam sejarah.

Dan duit syiling seperti ini sangat didambakan oleh para pengumpul yang sanggup berbelanja besar bagi mendapatkannya. iluminasi.com kongsikan 5 duit syiling yang paling mahal pernah dijual dalam sejarah.

5. Edward III Florin 1343 – RM28.4 juta

edward iii florin 1343

Usia duit syiling ini adalah faktor yang menjadikannya sangat berharga dan mengapa seseorang sanggup membayar RM28.4 juta untuk mendapatkannya dalam satu acara lelongan.

Memandangkan bahawa duit syiling ini telah wujud selama lebih daripada 670 tahun, hakikat bahawa ia masih wujud sehingga ini adalah satu keajaiban.

Cuba anda bayangkan berapa banyak duit syiling keluaran ini yang telah hilang dan pupus sejak ia diedarkan? Dan kini hanya terdapat 3 unit duit syiling Edward III Floring sahaja yang masih wujud.

Maka, ia membuatkan syiling ini antara yang paling jarang ditemui di dunia.

4. The Brasher Doubloon 1787 – RM30.9 juta

the brasher doubloon 1787

Sebuah firma pelaburan Wall Street membayar RM30.9 juta untuk duit syiling emas Sepanyol ini dalam satu acara lelongan.

Duit syiling ini direka oleh Ephraim Brasher, seorang tukang emas yang berbakat. Dia mahukan New York State untuk mula menghasilkan duit syiling menggunakan reka bentuknya dalam tembaga.

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak bersetuju dan mengatakan bahawa mereka tidak mahu duit syiling yang diperbuat daripada tembaga.

Brasher meneruskan dengan reka bentuknya tetapi menghasilkan kebanyakan duit syiling tersebut menggunakan gangsa. Dia hanya menghasilkan beberapa syiling menggunakan emas 22 karat emas dan nilainya kini melambung tinggi.  

3. The Double Eagle 1933 – RM31.8 juta

the double eagle 1933

Duit syiling ini telah menjadi sangat berharga kerana sebab yang aneh. Syiling emas ini dihasilkan dengan cara tekanan pada tahun 1933.

Walau bagaimanapun, duit syiling ini tidak pernah diedarkan. Ini kerana Presiden Franklin D. Roosevelt telah mengharamkan semua orang daripada memiliki emas pada tahun yang sama.

Beliau melakukan ini sebagai sebahagian daripada cubaan untuk menamatkan krisis perbankan kerana situasi kewangan Amerika Syarikat telah menyebabkan masalah yang dahsyat pada masa itu.

Walaupun ia tidak pernah diedarkan secara rasmi, namun 20 unit syiling ini telah terlepas ke tangan orang awam dan kini mempunyai nilai yang sangat mengejutkan.

2. The Saint-Gaudens Double Eagle 1907 – RM31.8 juta

the saint gaudens double eagle 1907

Ini adalah satu lagi duit syiling yang telah dijual secara lelongan dengan harga RM31.8 juta . Syiling ini pada asalnya direka oleh Augustus Saint-Gaudens.

Malangnya, reka bentuk ini sangat rumit dan ia menimbulkan masalah tentang bagaimana United States Mint boleh menghasilkan syiling seperti itu.

Untuk mempermudah reka bentuk pengeluaran komersial, ketua pengukir, Charles Barber, memutuskan untuk membuat beberapa pengubahsuaian pada reka bentuk asal.

Dia mengeluarkan frasa 'In God We Trust' dari reka bentuk duit syiling. Kongres tidak puas hati dengan pengubahsuaian ini, dan walaupun ia dihasilkan, tetapi hanya dalam jumlah yang terhad.

Atas sebab ini, duit syiling kini sangat jarang ditemui dan bernilai tinggi.

1. The Flowing Hair Silver/ Copper Dollar 1794/5 – RM41.8 juta

the flowing hair silver copper dollar 1794

Kalaulah setiap duit syiling dalam saku anda bernilai RM41.8 juta,kan? Malangnya, hanya ada satu syiling dolar di dunia yang telah mencapai nilai ini di acara lelongan.

Anda mungkin tertanya-tanya apa yang menjadikan syiling ini begitu istimewa berbanding dengan syiling lain yang wujud ketika ini.

Syiling dengan nilai tertinggi di dunia ini adalah duit syiling pertama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat.

Syiling ini tersebut bermula pada tahun 1794 atau 1795 dan diperbuat daripada 90% perak dan 10% tembaga. Apabila duit syiling ini dicetak, ia adalah yang pertama dikeluarkan selepas Persekutuan Mint ditubuhkan.

Ia terkenal kerana menggambarkan imej Liberty dengan rambut panjang yang beralun. Salah satu daripada syiling ini dijual dengan harga RM41.8 juta pada Januari 2013.

Rujukan:

1. Reuters

2. Coin

3. The Spruce Crafts




Hakcipta iluminasi.com (2017)