Oleh pada 13 Sep 2019 kategori

Cristiano Ronaldo, Michael Phelps dan Lance Armstrong. Apa persamaan antara ketiga-tiga mereka ini? Selain daripada menjadi yang terbaik dalam sukan masing-masing, mereka juga merupakan atlet utama di Bumi.

Ketika Ronaldo tidak sibuk memperbodohkan pertahanan lawan dengan skil lincahnya, dia sering terpapar dalam media sosial kerana tubuh badannya yang luar biasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Begitu juga dengan atlet seperti Michael Phelps dan Lance Armstrong di mana mereka mempunyai fizikal terbaik yang membolehkan mereka mendominasi sukan masing-masing.

Setiap bahagian tubuh mereka sentiasa dianalisis oleh pakar sukan untuk menentukan apa yang menjadikan mereka yang terbaik dalam sukan mereka.

Dan satu ciri umum pada badan yang selalu sering terlepas pandang adalah kaki mereka dicukur dengan bersih.

Mencukur kaki bukan sahaja amalan biasa dalam sukan olahraga tetapi ahli bina badan juga telah mencukur kaki mereka selama bertahun-tahun.

Adakah mempunyai kaki yang licin dapat memberikan kelebihan strategik atau adakah ia hanya membantu dari segi kecantikan? 

Sebab utama kaki dicukur

kenapa atlet cukur bulu kaki

Dalam dunia sukan, atlet lelaki telah mencukur kaki mereka jauh lebih lama daripada atlet wanita. 

Bagi perempuan di mana mencukur kaki biasanya dikaitkan dengan kecantikan, lelaki mencukur kaki mereka untuk mendapatkan kelebihan strategik berbanding pihak lawan.

Kelebihan yang paling penting yang diperolehi daripada kaki dicukur adalah pengurangan daya seretan atau "drag".

Daya seretan adalah sejenis daya mekanikal yang menentang gerakan badan bergerak melalui bendalir di mana daya ini bertindak ke arah yang bertentangan dengan arah pergerakan.

Ini akan memperlahankan pergerakan ke hadapan dan memaksa badan untuk menghabiskan lebih banyak tenaga untuk terus maju.

Sebagai contoh, bayangkan Superman terbang.

Udara (bendalir) menentang gerakan ke hadapannya dan menurunkan kelajuan terbang secara keseluruhan. Namun, tiada atlet yang boleh terbang jadi contoh ini mungkin tidak sesuai.

Bayangkan The Flash berlari. Udara di sekeliling menentang gerakannya dan melambatkannya.

kenapa atlet cukur bulu kaki 2

Superman & Flash kedua-duanya adalah adiwira, jadi pengurangan kelajuan disebabkan oleh daya seretan ini tidak ketara bagi mereka.

Bagi manusia biasa, hal ini berlaku kepada atlet setiap hari di mana setiap faktor kecil yang dapat mengurangkan kelajuan adalah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah.

Bagi atlet dalam sukan seperti bola sepak dan larian, daya seretan dijana oleh udara sekeliling iaitu seretan aerodinamik.

Sukan air seperti berenang pula melibatkan pengurangan seretan terhasil disebabkan oleh air yang merangkumi iaitu seretan hidronamik.

Air lebih padat dan likat berbanding udara. Oleh itu, seretan disebabkan oleh air adalah lebih mendalam daripada seretan udara.

Anggota badan yang dicukup membantu atlet mewujudkan badan yang lebih aerodinamik dan oleh itu mengurangkan kesan seretan.

Bukti eksperimen

Pada tahun 1987, Chester Kyle adalah yang pertama menjalankan kajian untuk mengesahkan sama ada kaki dicukur memang memberikan kelebihan aerodinamik atau tidak.

Kajian itu dijalankan di dalam terowong angin kecil terhadap kaki prostetik (kaki palsu) dengan bulu dilekatkan padanya. Kajian itu diterbitkan dalam majalah Bicycling Magazine.

Hasil kajian mendakwa bahawa kaki dicukur membantu penunggang basikal menjimatkan kira-kira 5 saat apabila menunggang pada kelajuan 37 kilometer per jam.

5 saat mungkin dilihatkan sebagai tempoh yang tersangat kecil tetapi dalam sukan yang kompetetif, tempoh ini mampu mengubah segala-galanya.  

Walau bagaimanapun, penemuan kajian yang lebih baru adalah lebih menggalakkan.

kenapa atlet cukur bulu kaki 4

Terowong angin khusus untuk basikal dan penunggang basikal telah dibina oleh syarikat Specialized Cycling.

Mark Cote dan Chris Yu, jurutera di Specialized Cycling menjalankan ujian ke atas seorang pelumba sebenar dengan kaki dicukur, dan bukannya pada kaki prostetik.

Keputusan ujian menunjukkan pengurangan 7% dalam daya seretan disebabkan oleh kaki yang dicukur.

Bagi lebih memudahkan gambaran, pelumba yang mempunyai kaki licin dapat menjimatkan kira-kira 80 saat dalam perlumbaan sejauh 40km yang mengambil masa 1 jam.

Ujian ini diulangi pada 5 penunggang basikal yang berlainan dan kesemuanya memberikan hasil yang hampir sama iaitu jimat di antara 50 hingga 80 saat dalam jarak yang sama.  

Apa yang boleh berlaku dalam tempoh 80 saat ini? Dalam Tour De France 1987, Pedro Delgado kalah kepada Stephen Roche hanya dengan perbezaan 40 saat!

Dan hanya dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1989, Greg LeMond mengalahkan Laurent Fignon hanya dengan 8 saat. Oleh itu, bagi para atlet, perbezaan 50 hingga 80 saat adalah tersangat berharga.

kenapa atlet cukur bulu kaki 3

Pengurangan daya seretan atau rangsangan kelajuan kecil bukanlah satu-satunya sebab mengapa atlet suka mencukur kaki mereka.

Mempunyai kaki yang botak mempunyai pelbagai kelebihan lain, seperti memudahkan penyembuhan luka. Ruam jalanan dan luka-luka ringan adalah perkara biasa dalam sukan.

Luka-luka ini kelihatan kecil, tetapi ia sangat menyakitkan. Malah, luka ini sering terganggu oleh bulu-bulu di sekelilingnya, menjadikannya lebih sukar untuk dibersihkan dan dengan itu melambatkan pemulihan.

Tiada bulu menjadikannya mudah untuk dibersihkan dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka. 

Perenang mencukur kaki mereka, kerana ia membuatkan mereka berasa lebih licin di dalam air.

Atlet juga mungkin mencukur kaki mereka untuk memudahkan urutan tisu yang mendalam, yang merupakan sebahagian daripada program pemulihan atlet.

Bagi ahli bina badan pula, mereka mencukur bulu untuk meningkatkan definisi pada otot dan memudahkan cat untuk disapu.

Rujukan:

1. Swimming Science Buletin

2. 1987 Shaving Leg Research

3. Coach




Hakcipta iluminasi.com (2017)