Para peminat permainan video dan konsol di seluruh dunia sanggup berbaris berjam-jam untuk mendapatkan konsol dan produk permainan terbaru.

Namun, terdapat satu tempat di mana reaksi seperti ini tidak dapat dilihat untuk Xbox, tak lain dan tak bukan, Jepun.

Ketika Microsoft melancarkan Xbox pada awal tahun 2000, Jepun adalah kuasa permainan video yang terkuat di dunia. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jepun juga merupakan pengeluar kepada tiga pembuat konsol terbesar dunia iaitu Nintendo, Sega dan Sony. Dan pemaju permainan video di Jepun dianggap terbaik dan paling revolusioner di atas muka Bumi.

Jadi pelancaran Xbox oleh Microsoft membuatkan dunia permainan video mencurigai konsol daripada Amerika yang dibuat oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk perisiannya, bukan perkakasannya.

pelancaran xbox one

Microsoft dilihatkan seperti kuasa jahat yang masuk ke pasaran Jepun, menyerang tanah air serta bersaing dengan Sony dan Nintendo.

Ketiga-tiga pelancaran Xbox menemui kegagalan teruk di Jepun. Tetapi pada masa yang sama, sejak pelancarannya pada tahun 2001, Xbox telah menjadi salah satu konsol permainan terbesar di seluruh dunia.

Dan pelancaran Xbox One pada tahun 2013 adalah kejayaan besar untuk Microsoft. Selama tiga tahun selepas pelancarannya, Xbox One merupakan konsol permainan kedua yang paling popular di dunia bagi generasinya.

Persoalannya, mengapa Xbox gagal di Jepun, walaupun sangat mendapat sambutan di seluruh dunia? 

Penghasilan Xbox dan pelancarannya

bill gates poster xbox in japan failure

Apabila Microsoft mula membangunkan Xbox pada tahun 1999, ia tidak dikenali sebagai syarikat permainan. Reputasinya adalah mengenai PC, produk pejabatnya dan tuntutan undang-undang antitrust yang besar.

Microsoft mempunyai perniagaan permainan PC pada lewat 90-an yang dikenali melalui Microsoft Flight Simulator dan Age of Empires. Membangunkan Xbox adalah sebahagian daripada rancangan Microsoft untuk membawa teknologinya masuk ke dalam rumah pengguna.

Sony pula adalah peneraju dalam pasaran elektronik pengguna di awal tahun 2000. PlayStation 2 keluaran mereka dianggap sebagai ancaman kepada Microsoft kerana berpotensi untuk menggantikan PC sebagai cara untuk mendapatkan akses internet di rumah.

Motivasi Bill Gates lebih kepada mengekalkan dominasi Microsoft dan kedudukan serta ekosistem perisian.

Denise Chaudhari, pereka yang membangunkan Xbox asal, teringat bahawa Microsoft masuk ke dalam industri permainan sebagai satu cabaran kepada Sony.

Bill Gates melihat peluang untuk mengambil sesuatu yang sudah kuat dan memasukkan teknologi Microsoft ke dalam konsol Sony.

kegagalan xbox di jepun

Jadi beliau pergi ke Jepun dan mencadangkan satu perkongsian dengan syarikat Jepun itu. Namun, Sony tidak berminat dan ini membuatkan Bill Gates memutuskan untuk menghasilkannya sendiri.

Wartawan permainan video, Dean Takahashi berfikiran bahawa syarikat-syarikat berwaspada untuk bekerjasama dengan Microsoft kerana tindakan undang-undang antitrust nya.

Terdapat kes antitrust yang berlaku terhadap Microsoft dan semua orang tahu bahawa jika anda jenis membenarkan Microsoft masuk, ia seperti vius Trojan Horse.

Ini bukan kali pertama Microsoft ditolak oleh syarikat Jepun berkenaan dengan Xbox.

Chaudhari berkata, Mitsumi, sebuah syarikat yang membuat papan litar untuk alat kawalan jauh PlayStation Sony pada masa itu, enggan membuat papan litar untuk Microsoft.

Mitsumi mungkin akan menjejaskan hubungannya dengan Sony dengan memberi teknologi yang sama kepada Microsoft.

Jadi, Chaudhari terpaksa menggunakan papan litar yang lebih besar untuk alat kawalan jauh Xbox. Konsol ini dilancarkan di A.S. pada November 2001 dan di Jepun pada Februari 2002.

jualan konsol di jepun tahun 2019

Microsoft telah mengeluarkan tiga konsol dalam siri Xbox, iaitu Xbox, Xbox 360 dan Xbox One. Walaupun ketiga-tiga konsol ini gagal di Jepun, Xbox tersangat popular di seluruh dunia.

Microsoft akhirnya memperoleh tempat pertama dalam pasaran global dari 2011 hingga 2012 dengan pelancaran Xbox 360. Dan ketika Microsoft muncul dalam sektor ini, Sega, Nintendo dan Sony menguasai pasaran permainan video di Jepun.

Sebelum Xbox dilancarkan, Sony dan peranti Nintendo menyumbang 100% dalam pasaran permainan video global dan tidak banyak yang berubah sejak itu.

Sehingga 2019, jualan Xbox langsung tidak menyaingi PlayStation 4 atau Nintendo Switch. Dan terdapat tiga sebab utama mengapa konsol Xbox tidak mendapat sambutan buruk di Jepun.

Kandungan Xbox tidak digemari gamers Jepun

kenapa xbox gagal di jepun

Pada hari ini, pemaju permainan video datang dari seluruh dunia, namun pada awal tahun 2000, kebanyakan pemaju terhebat adalah dari kalangan orang Jepun.

Dan ketika Xbox dilancarkan, pencipta permainan Jepun teragak-agak untuk memasukkan kandungan mereka ke dalam konsol yang tidak popular di Jepun, seperti Xbox.

Penggemar dan pemaju permainan video Jepun lebih berminat kepada permainan video role playing berbanding permainan gaya menembak yang lebih biasa dimainkan di AS.

Untuk meyakinkan para pemain untuk beralih ke Xbox, Microsoft memerlukan pemaju besar Jepun untuk meninggalkan Sony dan Nintendo. Dan para pemaju melihat terdapat kebaikan dan keburukan jika mereka menyertai Microsoft.

Kuasa grafik Xbox dan keupayaannya untuk mencipta permainan realistik melebihi konsol-konsol lain pada masa itu. Beberapa pencipta permainan menyukai pemacu keras Xbox, yang lebih pantas  berbanding CD-ROM PlayStation.

xbox vs playstation

Tetapi bagi kebanyakan pemaju, keburukan yang dilihatkan adalah melebihi kelebihan yang ada pada Microsoft. 

Mereka bimbang kos tinggi oleh teknologi Microsoft akan menyebabkan pengguna tidak berminat, membuatkan mereka tidak bekerjasama dengan syarikat AS ini. 

Ini sekaligus membuatkan Xbox kekurangan kandungan yang diminati oleh para penggemar permainan video Jepun.

Dan sudah tentu, kesetiaan para pemaju permainan Jepun memainkan peranan yang penting dalam kegagalan Xbox di Jepun.

Tersangat sukar untuk meyakinkan seseorang pemaju yang sudah mempunyai hubungan dengan Sony dan Nintendo untuk mengambil risiko menyertai Microsoft yang tidak pasti dengan Xbox mereka.

Masalah kedua bagi Xbox adalah saiz Xbox yang terlalu besar, dan rumah Jepun yang kecil.

Saiz Xbox yang sangat besar

saiz alat kawalan jauh xbox yang sangat besar

Ini adalah perkara pertama yang membuatkan orang Jepun tertanya-tanya, adakah Microsoft tahu apa yang mereka lakukan? Alat kawalan jauh Xbox juga merupakan satu masalah.

PlayStation menggunakan papan litar keluaran Mitsumi yang dilipat dalam alat kawalan jauhnya. Ia adalah papan litar tunggal yang dipotong separuh dan disusun di atas satu sama lain supaya ia lebih kecil daripada papan litar biasa.

Pasukan Microsoft meminta Mitsumi untuk menghasilkan litar yang sama dan jawapan Mitsumi adalah, tidak.

Dan disebabkan Microsoft tidak dapat litar ini daripada Mitsumi, mereka terpaksa menggunakan papan litar yang besar, sekaligus menghasilkan alat kawalan jauh yang sangat besar.

alat kawalan jauh playstation

Alat kawalan jauh ini tidak pernah dilancarkan di Jepun, jadi kita tidak tahu bagaimana orang Jepun akan memberikan reaksi mereka terhadapnya.

Sebaliknya, Xbox dilancarkan dengan alat kawalan jauh yang lebih kecil dikenali sebagai controller S bagi pelancaran di Jepun. Malah, pasukan Microsoft di Jepun sendiri enggan menyokong Xbox kerana reka bentuk yang besar.

Masa pelancaran Xbox yang salah

kegagalan xbox di jepun 2 968

Dan akhir sekali, sebab mengapa Xbox gagal di Jepun adalah masa, di mana Microsoft menunda pelancarannya di Jepun kepada Februari 2002.

Akhirnya, masa juga menjadi masalah bagi Microsoft. Syarikat itu lambat melancarkan pelancarannya ke Jepun pada Februari 2002.

Ini bermakna bahawa konsol dan pemaju permainan Xbox terlepas tempoh percutian penting di Jepun ketika janak-kanak mendapat wang daripada ahli keluarga untuk merayakan Tahun Baru.

Dan diantara siri Xbox, Xbox 360 adalah konsol paling berjaya Microsoft dengan pengguna Jepun. Jadi apa yang membuatkannya kurang gagal di Jepun berbanding dua lagi siri Xbox?

Mengapa Xbox 360 lebih berjaya dari Xbox lain?

kenapa xbox gagal di jepun 1

Dengan Xbox 360, Microsoft cuba menangani beberapa masalah yang wujud. Pertama, Microsoft merancang untuk melancarkan konsol itu lebih awal dari musim cuti dan sebelum Sony melancarkan pesaingnya iaitu PlayStation 3.

Microsoft juga bekerjasama dengan firma reka bentuk Jepun dalam menghasilkan konsol baru dan bekerjasama dengan pencipta Jepun untuk membuat permainan untuk Xbox.

Namun, ini langsung tidak menjejaskan kedudukan PlayStation di Jepun.

Jualan PlayStation 3 di Jepun yang dilancarkan pada tahun 2006, jauh melebihi jumlah jualan Xbox 360, yang dilancarkan setahun sebelumnya.

playstation jepun

Konsol seterusnya oleh Microsoft iaitu Xbox One, juga mempunyai permulaan yang kukuh apabila ia dilancarkan pada tahun 2013.

Microsoft menjual lebih daripada 2 juta konsol Xbox One secara global dalam masa 18 hari, memecah rekod syarikat itu sendiri. Tetapi di Jepun, Xbox One menyaksikan satu lagi sambutan sangat hambar.

Daripada 46.9 juta Xbox One yang dijual di seluruh dunia menjelang suku kedua 2019, kurang daripada separuh daripada 0.5% terjual di Jepun.

Sebagai perbandingan, PlayStation 4 telah terjual sebanyak 99.8 juta unit di seluruh dunia menjelang suku kedua 2019, dengan 8.6% daripadanya di Jepun.

Dalam satu kenyataan kepada CNBC, Microsoft berkata Jepun kekal sebagai bahagian penting dalam komuniti permainan global mereka dan penyumbang utama kepada rancangan masa depan Microsoft.

Tetapi ketidakupayaan Microsoft untuk memujuk pengguna Jepun mungkin adalah masalah yang paling kecil bagi mereka ketika ini. Ini kerana jualan global Xbox One semakin menurun kerana pengguna beralih ke permainan mudah alih dan streaming.

Para penganalisis mengatakan ia adalah masalah yang memberi kesan kepada semua pembuat konsol.

Kesan peningkatan permainan video streaming kepada Microsoft

kegagalan xbox di jepun 3

Lonjakan populariti permainan streaming secara asasnya telah mengubah hubungan Microsoft dengan salah satu musuh ketatnya.

Microsoft dan Sony membuat pengumuman mengejutkan pada Mei 2019 di mana mereka bakal bekerjasama untuk membangunkan teknologi aliran permainan menggunakan cloud oleh Microsoft.

Permainan cloud membolehkan pemain menggunakan mana-mana peranti dengan sambungan Internet untuk bermain.

Dan Microsoft telah membuat beberapa langkah besar, termasuklah rancangan untuk perkhidmatan streaming awan baru yang dipanggil Projek xCloud yang akan membolehkan pengguna menstrim seluruh data Xbox One mereka ke peranti mudah alih.

Rujukan:

1. Kotaku

2. EuroGamer

3. CNBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)