Bagi kebanyakan daripada kita, Tesco adalah salah sebuah pasar raya yang menjadi pilihan untuk membeli-belah, dari barangan dapur sehinggalah ke barangan elektrik.

Cawangan pertama Tesco di Malaysia dibuka pada Mei 2002 iaitu di Puchong, Selangor dan bekerjasama dengan konglomerat tempatan Sime Darby Berhad, yang memegang 30% saham.

Ketika ini Tesco Malaysia mempunyai 60 buah Tesco dan Tesco Extra.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, tidak lama lagi kita mungkin tidak akan menyebut nama pasar raya ini lagi, kerana Tesco Malaysia yang sebelum ini milik syarikat dari United Kingdom secara rasminya telah menukar namanya menjadi Lotus Stores (Malaysia) Sdn Bhd.

Menurut laman rasmi Facebook, syarikat itu akan melengkapkan proses penjenamaan semula menjelang akhir 2021.

Mengapa nama Tesco bertukar kepada Lotus's Malaysia

tesco lotus di thailand

Pada Mac 2020, Tesco telah bersetuju untuk menjual operasi Asia Tenggara syarikat itu kepada konglomerat Thailand iaitu Charoen Pokphand (CP Group) dengan harga $10.6 bilion (RM42.77) secara tunai, mengambil satu langkah besar lagi dari pengembangan antarabangsa dan memberikan pengembalian wang tunai yang banyak kepada pelabur.

CP Group memperoleh perniagaan Tesco Malaysia pada Disember 2020, selepas menewaskan hartawan bir, Charoen Sirivadhanabhakdi yang memiliki TCC Group Co dan Central Group milik keluarga Chirathivat, peruncit terbesar di Thailand dari segi modal pasaran.

Pengambilalihan ini adalah pemerolehan korporat terbesar di Asia sehingga ke hari ini dan yang terbesar dalam sejarah Thailand.

Dalam pernyataan pertukaran saham, Tesco mengatakan penjualan ini akan mengembalikan kira-kira £5 bilion (RM28 bilion) kepada pemegang saham melalui dividen khas, dan membayar £2.5 bilion (RM14 bilion) ke dalam skim pencen faedah untuk menghapuskan defisit mereka.

Bagi Tesco, penjualan hampir 2,000 pasar raya di Thailand dan 74 di Malaysia menandakan bahawa peruncit dari UK ini kini berada di fasa akhir untuk keluar dari pasaran Asia.

dhanin chearavanont pengerusi kanan cp group

(Dhanin Chearavanont, Pengerusi Kanan CP Group)

Pada tahun 2015, Tesco menjual perniagaan HomePlus mereka di Korea Selatan.

Syarikat ini mengekalkan operasi Eropah tengah dengan pasar raya di Hungary, Republik Czech, Slovakia dan Poland.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco iaitu Dave Lewis, berkata bahawa penjualan ini akan "meringkaskan Tesco Group" dan membolehkan mereka fokus kepada pasaran UK, Ireland dan Eropah tengah.

Bagi CP Group pula, kejayaan pemerolehan Tesco adalah kemenangan simbolik bagi ketua keluarga ini iaitu Dhanin Chearavanont, yang menjual kawalan kumpulan pasar raya Lotus kepada Tesco dengan harga $180 juta (RM726 juta) pada tahun 1998 semasa krisis kewangan Asia.

Dhanin Chearavanont berulang kali mengatakan bahawa dia ingin membelinya semula dan kini impiannya telah tercapai.

Sejarah CP Group

cp group konglomerat thailand beli tesco malaysia 664

Charoen Pokphand Group adalah syarikat konglomerat Thailand yang berpusat di Bangkok. Syarikat yang dimiliki oleh keluarga Chearavanont ini diasaskan pada tahun 1921 dan kini mempunyai sekitar 360,000 kakitangan.

Ia merupakan syarikat swasta terbesar di Thailand dan salah satu konglomerat terbesar di dunia, dengan pendapatan sekitar RM254 juta pada tahun 2018.

CP Group mempunyai lapan jenis perniagaan yang merangkumi 13 kumpulan perniagaan dan pada tahun 2020, kumpulan ini mempunyai pelaburan di 21 negara.

cp group thailand

Ia memiliki saham kawalan dalam Charoen Pokphand Foods (CPF), pengeluar makanan dan udang terbesar di dunia, serta berada dalam senarai top 3 pengeluar daging ayam dan khinzir di dunia.

CP Group juga memiliki perniagaan runcit terbesar dari segi pendapatan di Asia Tenggara, dengan mengendalikan lebih daripada 12,000 cawangan 7-Eleven, iaitu yang kedua terbesar di dunia di belakang Jepun dengan 20,000 cawangan.

Dalam sektor telekomunikasi, anak syarikat CP Group, True Group, adalah salah satu firma telekomunikasi terbesar di Asia Tenggara dengan lebih daripada 25 juta pelanggan.

Dengan kira-kira 200 anak syarikat perniagaan di China, CP Group dikenali di China sebagai "Zhèng Dà".

antara produk cp group yang dijual di 7 eleven malaysia

(Antara produk CP Group yang dijual di 7-Eleven Malaysia)

Ketika China membuka ekonominya pada tahun 1978, CP Group adalah pelabur asing pertama di negara itu dan menjadi syarikat asing pertama yang berdaftar di zon ekonomi khas Shenzhen, Guangdong.

Syarikat ini merupakan pelabur tunggal terbesar di Tanah Besar China hari ini yang menguasai lebih dari seperlima daripada keseluruhan pasar makanan China.

Nombor pendaftaran syarikat ini adalah "0001", iaitu yang terawal. Melalui pelaburannya yang meluas, CP Group telah diperakui berjaya mengubah tabiat pemakanan di negara ini dan memimpin revolusi hijau China. 

Rujukan:

1. Financial Times

2. NIKKEI Asia

3. Bangkok Post




Hakcipta iluminasi.com (2017)