Membeli-belah adalah satu keperluan manusia bagi meneruskan kelangsungan hidup. Namun, ia dapat dipermudahkan lagi dengan inovasi oleh penyedia servis beli-belah, terutamanya pihak pengendali pasaraya.

iluminasi.com ingin berkongsi 9 idea kreatif oleh pasaraya yang memudahkan pengguna untuk berbelanja.

1. Pek belian gelandangan

pek untuk gelandangan

Pasaraya ini mengambil inisiatif yang sangat bijak dengan menyediakan pek untuk diberikan kepada gelandangan. Kadang-kadang kita mahu membantu, namun agak leceh ini membeli barangan satu persatu.

Jadi, pasaraya ini telah menyediakan keperluaan asas yang diperlukan gelandangan yang memudahkan anda untuk membeli dan memberikan kepada mereka. Ia secara tak langsung memudahkan anda membantu mereka yang kurang bernasib baik.

2. Troli berkalkulator

troli berkalkulator

Jika anda seorang yang suka merancang dan mengehadkan perbelanjaan, troli ini sangat sesuai untuk anda. Kadang-kadang kita terlalu asyik berbelanja dan ketika hendak membayar barulah menyedari jumlah harga yang perlu dibayar.

Troli ini mempunyai kalkulator yang memudahkan anda membuat pengiraan jumlah harga yang anda perlu bayar, sekaligus membuatkan anda tak berbelanja lebih. Tak perlu lagi gunakan telefon pintar anda untuk membuat pengiraan.

3. Bakul bertanda 

bakul pintar

Pasti semua orang pernah melalui situasi ini. Anda hanya mahu melihat barangan di pasaraya, atau mahu mencari sendiri apa yang dikehendaki, tiba-tiba didatangi pembantu pasaraya yang asyik bertanya, seolah-olah mengganggu privasi anda untuk berbelanja.

Sebuah pasaraya di Korea Selatan mengambil pendekatan bagi membuatkan pengguna lebih selesa berbelanja dengan menyediakan dua jenis bakul, iaitu bakul yang menunjukkan anda perlu bantuan, dan tidak.

4. Label lebih jelas

nota produk lebih jelas

Biasanya kita tak tahu produk di pasaraya sama ada segar atau tidak, terutamanya buah-buahan. Kadang-kadang kita terbeli buah yang terlalu mudah, dan yang hampir rosak.

Pasaraya ini memudahkan pengguna mengetahui jangka hayat produknya dengan meletakkan label yang lebih jelas, memudahkan pengguna membuat pilihan.

5. Troli dengan kanta pembesar

kanta pembesar pada troli

Sering kali kita terlihat warga emas mengalami kesukaran membaca apa yang tertulis pada pek produk, sama ada harga, bahan-bahan atau jenama. Bagi memudahkan warga emas berbuat demikian, troli ini dipasangkan kanta pembesar.

Alat ini juga memudahkan mereka yang rabun dan terlupa membawa kacamata.

6. Senarai lokasi barangan di troli / sistem peta berkomputer

label pada troli

Pernah tak anda masuk sebuah pasaraya buat kali pertama, dan kesuntukan masa, namun terkinja-kinja mencari barangan yang anda sendiri tak tahu terletak di mana. Ia sangat membuang masa dan tak sepatutnya berlaku.

troli bersistem

Perkara ini diselesaikan oleh beberapa pasaraya dengan meletakkan label lorong di mana terletaknya sesuatu barangan, malah ada yang memasang peta elektronik di troli. Ia sangat membantu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang nak cepat dan mengalami masalah sukar berjalan lama.

7. Lampu unik dalam bilik persalinan

bilik salinan genius

Ketika mencuba pakaian, anda kadang-kadang cerewet dengan warna dan bentuk pakaian tersebut. Malah ada yang lebih cerewet sehinggakan ingin tahu bagaimana sesuatu pakaian itu kelihatan mengikut cuaca atau waktu yang anda pakai.

Masalah ini diselesaikan dengan memasang beberapa jenis mod lampu mengikut waktu, iaitu siang, senja dan malam. Jadi anda lebih mudah membuat keputusan mengikut kesukaan anda.

8. Penggunaan plastik khas

penggunaan plastik istimewa

Kadang kala kita terlupa yang kita membeli barangan sejuk beku, sehinggakan produk tersebut cair atau kurang segar. Antaranya adalah ais krim, daging, ayam dan sebagainya. 

Penggunaan beg berwarna khas oleh sebuah pasaraya memudahkan anda mengenal pasti barangan mana yang perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Jadi anda tak terlupa lagi untuk menyimpannya terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain.

9. Eskalator untuk troli

escalator untuk troli

Agak menjadi masalah apabila anda ingin ke tingkat atas, tetapi anda membawa troli. Anda perlu cari lif berdekatan kerana hampir kesemua pasaraya mempunyai eskalator yang tidak membernarkan anda membawa troli menaikinya. Lebih menyedihkan apabila anda menunggu lif, terdapat troli lain di dalamnya membuatkan anda terpaksa tunggu lagi. Ini sangat membuang masa.

Untuk memudahkan proses ini, pasaraya ini mengambil inisiatif memudahkan orang ramai, dengan memasang eskalator khas untuk troli. Memang bijak


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)