Walaupun merupakan seorang bilionair dan orang yang terkaya di dunia, Bill Gates juga terkenal sebagai seorang bapa yang mempunyai prinsip yang tegas apabila mendidik anak-anak.

Walaupun syarikat miliknya, Microsoft menghasilkan telefon pintar seperti Microsoft Lumia, Bill Gates mempunyai prinsip atau undang-undang sendiri mengenai pendedahan dan penggunaan telefon bagi anak-anaknya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

microsoft lumia

Menurut beliau, kanak-kanak hanya sesuai didedahkan dengan telefon bimbit apabila mereka berumur 14 tahun.

Jika di Malaysia, 14 tahun ini bersamaan apabila anak-anak anda sudah memasuki tingkatan 2. Prinsip yang dipegang oleh Bill Gates ini mendapat pujian banyak pihak kerana menurut kajian, pendedahan terlalu awal telefon bimbit terhadap kanak-kanak memberi banyak keburukan antaranya:

  1. Ketagihan
  2. Malas melakukan pergerakan dan beriadah
  3. Melemahkan sensori motor dan sistem kognitif
  4. Merosakkan mata
  5. Mudah terdedah kepada maklumat yang tidak sepatutnya

Prinsip Bill Gates Mengenai Penggunaan Gajet Kepada Anak-Anak Beliau

Berikut merupakan prinsip yang dipegang oleh Bill Gates dan isterinya, Melinda Gates terhadap anak-anak mereka:

  • Anak-anak dilarang menggunakan telefon bimbit sehinggalah mereka berumur 14 tahun
  • Menetapkan had masa menggunakan gajet
  • Penggunaan gajet tidak dibenarkan sekali ketika menikmati juadah makanan bersama ahli keluarga yang lain

Seseorang yang sudah berjaya seperti Bill Gates juga sudah maklum akan keburukan pendedahan penggunaan gajet kepada kanak-kanak yang belum tiba waktunya. Bagaimana pula kita belum berjaya seperti beliau?




Hakcipta iluminasi.com (2017)