kenapa kucing takutkan timun

Pastinya kebanyakan pengguna internet dan pembaca iluminasi.com pernah menonton video-video yang memaparkan telatah kucing yang sangat terperanjat apabila melihat timun.

Dalam video-video tersebut, haiwan comel ini akan melompat dengan begitu tinggi atau melarikan diri sepantas yang mungkin setelah menyedari bahawa terdapat timun berhampirannya.

Ini seolah-olah membuatkan timun mempunyai ciri-ciri yang sangat menakutkan kucing.

Persoalannya, mengapakah kucing begitu takut dengan sayur-sayuran ini yang mana langsung tidak kelihatan seperti berbahaya?

Terdapat beberapa teori tentang hal ini dan yang paling popular adalah bahawa timun mengingatkan kucing kepada ular yang mana merupakan pemangsa yang sangat berbahaya.

Menurut Con Slobodchikoff, pakar tingkah laku haiwan dan penulis Chasing Doctor Dolittle: Learning the Language of Animals, kucing mempunyai naluri yang sangat kuat untuk menghindarkan diri daripada ular.

Dan disebabkan oleh timun kelihatan seperti ular, naluri kucing yang ketakutan membuatkannya terkejut dan bertindak balas dengan begitu drastik.

sebab mengapa kucing takutkan timun

Satu lagi teori adalah kemunculan timun berhampiran dengan kucing tanpa pengetahuannya adalah perkara yang membuatkan haiwan ini ketakutan, dan bukannya timun itu sendiri.

Menurut Mikel Delgado, perunding tingkah laku kucing yang disahkan yang mempelajari tingkah laku haiwan serta hubungan antara kucing dan manusia, hal ini adalah serupa dengan mengejutkan seseorang dengan menyelinap ke belakang mereka. 

Jika anda meletakkan benda lain seperti buah nenas atau durian, kucing tersebut mungkin akan memberikan tindak balas yang sama seperti timun.

Ini bermakna, jika kehadiran timun itu diketahui oleh kucing terlebih dahulu, ia tidak akan terkejut atau ketakutan.

kenapa kucing takutkan timun 2

Walaupun video yang memperlihatkan kucing yang takut dengan timun dan buah-buahan lain kelihatan sangat menghiburkan, pakar-pakar menasihatkan supaya kita tidak melakukan prank yang sama kepada haiwan kesayangan di rumah.

Ini adalah kerana hal ini tidak baik untuk haiwan tersebut di mana boleh mencederakan diri haiwan, memecahkan sesuatu ketika ia ingin melarikan diri dan juga boleh membawa kepada tekanan jangka panjang.

Rujukan:

1. Reader's Digest

2. IFL Science

3. Kenapa Kucing Takutkan Timun?



Hakcipta iluminasi.com (2017)