Menggoreng makanan telah dilakukan sejak sekurang-kurangnya 2,500 tahun yang lalu. Ya, orang Yunani kuno sudah lama menikmati kenikmatan ayam goreng jauh lebih awal sebelum Kolonel Sanders pernah bermimpi untuk mencipta KFC.

Fenomena makanan ini juga telah menjadi sebahagian daripada budaya Eropah barat selama lebih dari 700 tahun, walaupun ia mungkin tidak digemari seperti yang kita makan pada hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Persoalan pertama yang banyak ditanya tentang makanan goreng adalah mengapa kita menggunakan minyak?

Walaupun minyak sudah tentu lebih berharga daripada air, ada ciri-ciri tertentu pada minyak yang membuatnya lebih berdaya maju daripada air.

Walaupun air boleh mendidih, sama seperti minyak yang diperlukan untuk menggoreng, tetapi sukar untuk memanaskan air di atas suhu 100 Celsius, kecuali jika ia terdedah kepada tekanan melampau.

air tidak boleh digunakan untuk menggoreng

Suhu setinggi itu semata-mata tidak cukup tinggi untuk "menggoreng" makanan dengan betul, jadi air bukanlah satu pilihan.

Minyak sayur yang berbeza, seperti minyak biji rami, minyak biji kapas dan minyak kelapa, semuanya boleh digunakan untuk menggoreng makanan secara berkesan, sebahagian besarnya disebabkan oleh komposisi kimia mereka.

Terutamanya disebabkan oleh titik mendidih dan titik asap minyak jauh lebih tinggi daripada air. Apabila makanan digoreng, beberapa perkara yang berbeza berlaku pada masa yang sama.

Pertama sekali, makanan goreng biasanya disalut dalam beberapa "halangan", biasanya tepung jagung yang akan cepat garing apabila ia terdedah kepada suhu minyak goreng yang lebih tinggi.

mengapa kita guna minyak untuk menggoreng

Antara 140 dan 160 darjah Celcius, tindak balas tertentu dikenali sebagai Reaksi Maillard akan berlaku yang menyebabkan rasa yang lazat dan penampilan makanan goreng seperti keemasan.

Pada masa yang sama, air di dalam makanan akan mula mendidih dan menjadi wap, yang akan memasak makanan dari dalam secara berkesan dan mengukuhkan kerak yang rangup di sekeliling makanan.

Kulit rangup juga akan membantu menyimpan sejumlah stim yang terperangkap untuk memasak makanan yang lebih rata.

Pada dasarnya, jawapan mudah kepada soalan "mengapa kita menggunakan minyak untuk menggoreng makanan" adalah kerana ia mempunyai komposisi kimia yang ideal untuk tindak balas yang betul berlaku dan menghasilkan hidangan yang lazat.

Adakah alternatif lain kepada minyak untuk menggoreng?

ayam goreng

Jadi sekarang anda sudah faham mengapa kita menggunakan minyak untuk menggoreng, soalan seterusnya adalah: Memandangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan makanan goreng, dan jumlah kalori mereka yang lebih tinggi, adakah terdapat pilihan lain yang lebih sihat untuk menggoreng makanan yang memberikan rasa yang sama lazat?

Malangnya, jika anda ingin makanan yang digoreng dengan betul, minyak dan lemak semulajadi adalah satu-satunya pilihan yang terbaik, tetapi itu tidak bermakna bahawa semua minyak dan lemak dicipta sama rata.

Minyak kelapa adalah dianggap sebagai minyak paling sihat untuk dimasak, walaupun ia agak mahal berbanding minyak lain.

Sebahagian besar daripada minyak kelapa terdiri daripada lemak tepu, yang sangat tahan panas, bermakna minyak yang sama boleh digunakan berulang kali terjejas kualitinya.

minyak kelapa baik untuk menggoreng

Apabila memilih minyak untuk menggoreng makanan anda, anda perlu memilih minyak dengan nisbah lemak tepu yang tinggi kepada lemak tidak tepu.

Selain daripada minyak kelapa, banyak minyak yang disebutkan di atas juga agak baik, termasuk minyak biji rami dan minyak sayuran.

Sudah tentu rasa dan kosnya agak berbeza, namun ia juga akan memberikan hasil luaran kuning keemasan yang didambakan.

Jika anda tidak mahu rasa makanan anda terjejas, gunakan minyak dengan rasa ringan atau neutral.

Minyak zaitun, minyak kacang tanah dan minyak alpukat juga merupakan alternatif yang sangat baik bagi minyak sayuran yang membosankan jika anda mahu pilihan yang lebih sihat, dari segi keseimbangan lemak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)