10 makanan yang mampu membantu anda untuk mudah tidur

Tidur yang berkualiti adalah penting bagi melalui hari-hari kerja yang memenatkan. Secara purata, orang dewasa memerlukan tidur selama 8 jam. Tidur yang kurang boleh menyebabkan tekanan, dan merosakkan hari anda. Diet adalah penting bagi memudahkan anda tidur di malam hari. Di bawah adalah senarai makanan yang boleh membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti. 

1. Buah Kiwi

buah kiwi bantu mudah tidur

Buah berwarna hijau ini adalah snek terbaik sebelum tidur. Menurut kajian yang dilakukan oleh Taipei Medical University di Taiwan, sukarelawan kajian yang memakan 2 biji buah kiwi satu jam sebelum tidur, mempunyai tidur yang lebih berkualiti. Buah kiwi mengandungi vitamin C dan E, serotonin serta folat, yang kesemuanya membantu anda terlelap dan tidur nyenyak. 

2. Makanan Bersoya

makanan bersoya bantu senang tidur

Makanan yang diperbuat daripada soya, seperti taufu sebagai contoh kaya dengan isisoflavon. Sebatian ini meningkatkan penghasilan serotonin, sejenis bahan kimia otak yang mempengaruhi kitaran tidur dan bangun badan manusia. Orang dewasa yang memakan 2 atau lebih hidangan soya setiap hari mempunyai tidur yang lebih lama, serta lebih berkualiti menurut kajian pada tahun 2015 oleh Nutrition Journal

3. Makanan Kaya Dengan Serat

makanan serat bantu tidur berkualiti 243

Memakan makanan yang kaya dengan serat adalah kunci kepada tidur yang baik. Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Clinical Sleep Medicine, memakan makanan berserat dikaitkan dengan tidur yang restorative slow-wave, yakni lagi banyak anda makan makanan berserat, lagi berkualiti tidur anda. Serat mengurangkan peningkatan tahap gula dalam darah, yang berupaya mengurangkan melatonin. Antara sumber makanan berserat adalah kacang, bijirin dedak dan quinoa. 

4. Ikan

ikan salmon bantu tidur nyenyak

Kebanyakan ikan, terutamanya salmon dan tuna, kaya dengan vitamin B6. Menurut sebuah artikel yang diterbitkan di dalam Annals of the New York Academy of Sciences, vitamin B6 diperlukan bagi penghasilan melatonin secara semulajadi di dalam badan. Melatonin adalah sejenis hormon yang diaktifkan ketika gelap bagi memudahkan tidur. 

5. Jus Ceri Tart

jus ceri tart bantu senang tidur malam

Berdasarkan sebuah kajian, jus ceri tart yang kaya dengan melatonin terbukti membantu seseorang untuk tidur. Berdasarkan kajian berkenaan, apabila orang dewasa yang menghidapi penyakit insomnia kronik (penyakit susah tidur) meminum segelas jus ceri tart 2 kali sehari, tahap keseriusan insomnia mereka semakin berkurangan. 

6. Yogurt

yogurt bantu tidur malam

Produk tenusu seperti yogurt dan susu kaya dengan sumber kalsium. Terdapat kajian yang menunjukkan kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah susah tidur. 

7. Bijirin Penuh (Whole Grains)

barli mudahkan tidur malam nyenyak

Bulgur, bali dan lain-lain bijirin penuh adalah kaya dengan sumber magnesium. Menurut laporan di dalam Journal of Orthomolecular Medicine, kekurangan pengambilan magnesium boleh menyebabkan masalah kurang tidur.  

8. Kubis Kerinting (Sayur Kale)

kubis kerinting sayur kale mudahkan tidur malam

Produk tenusu dikenali sebagai sumber kalsium. Sayur berdaun hijau, seperti kale dan kolak juga mempunyai kandungan kalsium semulajadi yang tinggi. Menurut kajian, pengambilan kalsium boleh menambahbaik tidur seseorang.

9. Pisang

pisang mudahkan tidur malam berkualiti

Buah berwarna kuning ini dikenali sebagai buah yang kaya dengan potasium. Pisang juga merupakan salah satu sumber vitamin B6, yang diperlukan bagi menghasilkan melatonin. 

10. Madu Lebah

madu lebah makanan mudahkan tidur

Menurut pakar nutrisi iaitu Lindsey Duncan (melalui DrOz.com), gula semulajadi di dalam madu meningkatkan sedikit insulin di dalam badan, dan membenarkan tryptophan (membantu penghasilan serotonin, seterusnya melatonin) untuk menembusi otak dengan lebih mudah, membantu tidur yang lebih berkualiti. Satu sudu besar sebelum tidur mampu memberikan anda tidur yang tenang. 

Lain-Lain Makanan Bagi Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti

makanan mudahkan tidur malam nyenyak berkualiti

  • Walnut
  • Pistachios
  • Buah Prun
  • Teh Herba (Chamomile)
  • Oatmeal
  • Almond
  • Salad
  • Nasi
  • Udang dan Lobster
  • Hummus

Sumber:

  1. goodhousekeeping.com
  2. rd.com
  3. eatingwell.com

tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)