kenapa kapal terbang pesawat buang minyak di udara

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang duduk dalam pesawat dan tiba-tiba ternampak semburan putih keluar daripada sayap pesawat?

Adakah pesawat tersebut rosak dan akan terhempas?

Jika ini berlaku, anda tidak perlu panik. Ia sebenarnya dilakukan oleh juruterbang di mana mereka sedang melakukan prosedur standard yang disebut sebagai pembuangan bahan api.

Jadi, ia bukanlah sesuatu yang pelik bagi pesawat untuk membuang bahan api ketika terbang. Tetapi, ia sudah tentu kelihatan seperti satu pembaziran yang besar.

Sebagai contoh, sebuah pesawat Boeing 737-400 yang direka untuk penerbangan dekat dan sederhana menggunakan sekitar 2.5 tan minyak bagi setiap jam penerbangan.

Harga minyak pesawat adalah lebih daripada RM2,450 bagi setiap tan dan ini bermakna pesawat seperti ini menelan kos minyak sebanyak RM6,120 sejam. 

Dengan kata lain, apabila pesawat terbang dari New York ke Los Angeles yang memakan masa 4 jam setengah, ia membakar minyak bernilai RM28,600.

Jadi, bukankah pembuangan minyak ini sangat merugikan? Sebenarnya, dalam situasi tertentu, pembuangan minyak adalah lebih murah berbanding menyimpannya.

Kebanyakan pesawat mesti lebih ringan ketika ia mendarat berbanding ketika ia berlepas, sekitar 90,000 kilogram lebih ringan.

Ini kerana pendaratan memberikan tekanan yang lebih kepada pesawat berbanding berlepas dan sebab itu, semakin ringan pesawat, semakin bagus.

Jika pesawat tidak menggunakan sejumlah bahan api sebelum mendarat, ia mungkin akan menghentam landasan dengan terlalu kuat yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius.

Sebaliknya, juruterbang biasanya tidak perlu terlalu risaukan tentang bahan bakar di dalam tangki kerana masalah ini akan selesai dengan sendirinya.

Ini kerana semasa penerbangan, pesawat komersial membakar hampir semua bahan api dan ketika ia tiba di destinasi, pesawat tersebut menjadi ringan dan bersedia untuk pendaratan yang selamat.

juruterbang buang minyak sebelum mendarat

Tetapi dari masa ke masa, kecemasan berlaku dan pesawat terpaksa mendarat lebih awal daripada yang dirancang.

Inilah ketika mana pembuangan minyak memainkan peranan dan ia biasanya berlaku sebaik sebelum mendarat.

Sebagai contoh, juruterbang mengetahui terdapat masalah penyelenggaran segera atau penumpang mengalami masalah kesihatan yang memerlukan pendaratan dilakukan.

Sudah tentu juruterbang tersebut boleh membakar bahan api dengan meneruskan penerbangan di kawasan sekitar atau menurunkan gear pendaratan (ia mempercepatkan proses membakar minyak).

Namun, tindakan ini tidak akan menyelamatkan keadaan kerana masa adalah perkara yang paling penting dalam situasi kecemasan melibatkan perubatan.

minyak pesawat diisi di bahagian sayap 473

Jadi, juruterbang terpaksa membuang minyak bagi mempercepatkan proses meringankan pesawat untuk mendarat. Ramai orang tahu bahawa minyak disimpan di bahagian sayap pesawat.

Oleh itu apabila juruterbang menekan suis di dalam kokpit, sistem pam dan injap yang canggih berfungsi, dan paip khas pada sayap pesawat melepaskan minyak yang berlebihan.

Sistem canggih ini boleh membuang beribu-ribu kilogram minyak dalam seminit dan inilah yang dilihat dari tempat duduk anda.

Akan tetapi, bukan semua pesawat memiliki sistem rumit ini. Sebagai contoh, pesawat dengan bentuk yang "ramping" seperti Boeing 757 atau Airbus A320 tidak boleh membuang minyak.  

Keupayaan membuang minyak ini biasanya dimiliki oleh pesawat besar yang mempunyai tangki minyak tambahan.

Jadi, satu-satunya pilihan untuk pesawat kecil apabila berhadapan dengan kecemasan adalah dengan mendarat dalam keadaan berat.

kerosakan teruk boleh berlaku jika pesawat terlalu berat ketika mendarat 858

Malangnya, kes-kes seperti ini akan menyebabkan kerosakan teruk dan kos membaikpulih adalah jauh lebih mahal daripada kos minyak yang dibuang.

Selain itu, dalam situasi tertentu, pesawat mungkin tidak dapat berhenti tepat pada masa dan pesawat dengan berat berlebihan mungkin akan menyebabkan kebakaran yang membawa kepada bahan api meletup.

Dan sebab itu jika sistem pesawat membolehkan juruterbang membuang minyak, mereka lebih memilih untuk melakukannya daripada merisikokan nyawa semua orang.

Malah, pembuangan bahan api bukanlah prosedur biasa yang berlaku dengan kerap, oleh itu pengawal trafik udara sering membantu juruterbang ketika melakukannya dan menjauhkan mereka dari pesawat lain.

Kes kecemasan pesawat Virgin Atlantic VS43

pendaratan kecemasan virgin atlantic vs43

Pada 29 Disember 2104, pesawat Virgin Atlantic VS43 berlepas ke Las Vegas dari Lapangan Terbang Gatwick. Sejurus kemudian, juruterbang menyedari bahawa gear pendaratan sayap kanan pesawat telah tersangkut dan tidak ditarik balik.

Pesawat Boeing 747 tersebut juga dikenali sebagai "pesawat jumbo" yang besar dan mempunyai 4 enjin, bermakna ia tersangat berat.

Pesawat gergasi ini dipenuhi dengan bahan api untuk terbang jauh merentasi lautan Atlantik dan terlalu berat untuk melakukan pendaratan selamat dalam masa yang singkat selepas berlepas.

Ini pula ditambah dengan masalah gear pendaratan yang tersangkut.

Pada mulanya, juruterbang menurunkan pesawat ke ketinggian 10,000 kaki dengan mendadak untuk membebaskan gear yang tersangakut.

Apabila ini tidak berhasil, pesawat mula berlegar-legar di altitud rendah untuk membakar bahan api. Helahnya adalah semakin hampir dengan tanah, semakin banyak minyak dibakar.

Ini kerana pada altitud tinggi, angin jauh lebih "nipis" dan rintangan menjadi lemah. Sebab itu pesawat tidak memerlukan bahan api terlalu banyak untuk terus terbang.

Selepas berpusing-pusing untuk beberapa jam, juruterbang akhirnya berjaya membuang bahan api secukupnya di atas wilayah selatan England untuk kembali ke Lapangan Terbang Gatwick.

Dan walaupun dengan gear pendaratan yang rosak, mereka berjaya mendarat dengan lancar dan lebih daripada 450 penumpang serta kru pesawat selamat.

Rujukan:

1. USA Today

2. How Stuff Works

3. Telegraph



Hakcipta iluminasi.com (2017)