Pasti anda sudah tahu apa yang tidak patut dilakukan ketika berada dalam penerbangan udara, termasuklah membuat bising seperti menyanyi, membuka stoking dan sebagainya.

Namun, apa yang lebih penting untuk tidak dilakukan adalah kurang diketahui oleh orang ramai dan boleh menyebabkan kesan yang lebih memudaratkan.

Ini 9 perkara yang anda tak patut lakukan ketika berada dalam perjalanan udara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Tidur sepanjang berlepas atau mendarat

tidur sepanjang perjalanan pesawat

Apabila pesawat berlepas atau mendarat, tekanan udara di sekitar anda berubah lebih cepat daripada udara di dalam telinga anda.

Jika anda pernah menaiki pesawat sebelum ini, anda tahu ia boleh menyebabkan ketidakselesaan tapi hanya untuk sementara waktu.

Untuk menyamakan tekanan semula, apa yang anda perlu lakukan adalah mengunyah gula-gula getah, menarik nafas kemudiannya menghembuskan nafas perlahan-lahan dengan mulut dan hidung tertutup, menghisap gula-gula atau menguap, menurut MedlinePlus.

Dengan kata lain, adalah lebih baik jika anda dalam keadaan berjaga.

Tidur secara tak sengaja sepanjang perubahan tekanan berpotensi menyebabkan pening kepala, jangkitan pada telinga, kehilangan pendengaran yang kecil, kerosakan gegendang telinga atau hidung dan dalam kes yang teruk, kemerosotan pendengaran yang teruk.

2. Duduk dari berlepas sehingga mendarat

duduk sepanjang perjalanan udara

Tekanan udara yang rendah dalam kabin pesawat boleh memperlahankan peredaran darah dan menyebabkan pembekuan darah, terutamanya pada bahagian kaki.

Hanya duduk sepanjang perjalanan boleh membahayakan terutamanya jika anda mengambil pil kawalan kelahiran kerana sesetengah daripadanya boleh meningkatkan risiko pembekuan darah yang berbahaya (walaupun tanpa perjalanan udara).

Untuk mengurangkan risiko pembekuan darah yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika ia sampai ke bahagian paru-paru, otak atau jantung, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mencadangkan supaya anda bangun dan bergerak atau berjalan sekerap yang boleh.

Ia mungkin kedengaran sukar bagi mereka yang malas atau duduk di tepi tingkap, sebab itu adalah lebih baik untuk anda duduk di bahagian tepi lorong.

Jika anda tak mahu berjalan, cuba senaman ini iaitu :

  • Naikkan tumit dan biarkan jari kaki berada di atas lantai
  • angkat jari kaki dan biarkan tumit berada di atas lantai
  • cengkamkan dan lepaskan cengkaman pada otot kaki

Ulang senaman ini beberapa kali sepanjang penerbangan anda. Jika anda mampu untuk bergerak, lebih untuk anda bergerak ke sana ke mari.

3. Tidur ketika waktu siang di destinasi terakhir

tidur ketika waktu siang di destinasi terakhir

Jika anda dijadualkan sampai pada waktu siang dan anda tidur, ia membuatkan anda sukar untuk menyesuaikan diri dengan zon masa tempatan, yang akan membuatkan hari anda tidak bermaya.

Sebaliknya, pakar mengesyorkan anda untuk menukarkan masa pada jam tangan atau telefon pintar anda, sama dengan zon masa destinasi anda sebaik sahaja menaiki pesawat.

Dan jika jam menunjukkan ia waktu tidur anda, makan anda perlu tidur dan sebaliknya, walaupun hari gelap di luar.

4. Menolak minuman yang diberikan

jangan tolak minuman yang diberikan dalam pesawat

Udara dalam kabin pesawat tersangat kering. Disebabkan badan anda kehilangan kelembapan setiap kali anda menghembuskan nafas, maka bernafas di tempat beraltitiud tinggi boleh menyebabkan anda dehidrasi.

Oleh itu, apabila krew pesawat menawarkan minuman, adalah lebih baik jika anda tidak menolak minuman yang diberikan walaupun anda tak dahaga.

5. Memesan kopi atau teh

minum teh atau kopi dalam pesawat

Anda mungkin pernah terdengar bahawa jangan sesekali pernah memesan minuman panas di atas pesawat. Biasanya minuman panas yang disediakan di atas pesawat adalah kopi dah teh, yang mana disediakan menggunakan air paip yang mengandungi coliform.

Coliform adalah bakteria yang dijumpai dalam 12% pesawat komersial, menurut laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar pada tahun 2012.

Disebabkan coliform datang daripada najis, di mana bakteria berbahaya lain juga bersembunyi, air yang mengandunginya kemungkinan besar mempunyai bakteria seperti E.coli yang boleh menyebabkan sistem badan anda bermasalah.

Pilihan terbaik adalah meminum air daripada botol.

6. Minum minuman berbuih

minum minuman berbuih atas pesawat

Perubahan pada tekanan udara boleh menyebabkan gas dalam anda mengembang sehingga 25%, menurut laporan Persatuan Perubatan Aeroangkasa.

Disebabkan minuman berbuih melakukan perkara yang sama, ia boleh memburukkan lagi kesan tidak selesa ini. Elakkan minum minuman berbuih jika anda tidak mahu kembung perut ketika mendarat.

7. Makan terlalu banyak

makan terlalu banyak dalam pesawat

Jika anda terlalu lapar, pastinya anda akan makan banyak. Udara dalam kabin yang kering dan tekanan udara rendah boleh mengurankan keupayaan anda merasa masin dan manis dari 15 hingga 30%.

Ia boleh membuatkan anda berasa makanan yang anda makan tidak sesedap yang sepatutnya jika anda makan dalam penerbangan, menurut kajian dari Jerman.

Malah, bunyi bising yang mengganggu juga menjejaskan rasa makanan, menurut kajian Universiti Cornell, bahawa gangguan persekitaran boleh menjejaskan deria rasa anda.

Oleh itu, sesetengah syarikat penerbangan mengatasi masalah suasana ini dengan menyediakan makanan yang lebih masin, jadi makan dengan terlalu banyak membuatkan anda mengambil natrium (garam) terlalu banyak.

8. Makan makanan yang jatuh atas dulang

tray makanan atas pesawat

Apabila pasukan penyiasat menyapu permukaan secara rawak untuk memeriksa kehadiran bakteria dalam 3 pesawat dari syarikat penerbangan yang berbeza merentasi negara, cuba teka di mana mereka menjumpai tahap bakteria berbahaya yang paling banyak di atas pesawat?

Jawapannya adalah dulang makanan. Krew pesawat menyalahkan penumpang dengan mengatakan mereka menggunakan dulang-dulang tersebut untuk menukarkan lampin bayi.

Walaupun krew kabin sepatutnya mengelap setiap dulang selepas tamat penerbangan, anda tak tahu betapa bersih atau tidak.

Untuk lebih selamat, bersihkan sendiri dulang anda menggunakan tisu antikbakteria atau sanitizer. Jika tidak, korbankan sahaja seketul ayam yang terjatuh atas dulang anda.

9. Tahan daripada buang air kecil atau besar

perkara terlarang jangan buat dalam kapal terbang pesawat

Menggunakan tandas pesawat yang sangat kecil dan tidak selesa boleh menjadi satu perkara yang tidak menyenangkan bagi sesetengah orang.

Namun ia adalah lebih baik daripada menahan sepanjang perjalanan. Menahan kencing atau berak terlalu lama boleh mencetuskan jangkitan seterusnya membuatkan percutian anda bertukar menjadi mimpi ngeri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)