Pernah tak anda mengalami situasi di mana berat badan anda berubah dengan sangat ketara hanya dalam beberapa jam?

Walaupun anda makan sebanyak mana sekalipun, berat badan anda tidak akan bertambah dengan begitu banyak dalam tempoh yang singkat.

Sebagai contoh, timbangan berat badan anda adalah 55kg dan keesokan harinya, ia berubah kepada 60kg atau lebih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah pemakanan dalam tempoh sehari boleh memberikan penambahan sebegitu ketara?

Jawapannya adalah tidak dan terdapat beberapa sebab mengapa berlakunya perubahan ketara ini.

Yang pertamanya, sudah tentulah penimbang berat tersebut rosak atau tidak boleh dipercayai kualitinya.

Dan yang kedua, adalah yang paling kerap berlaku walaupun penimbang berat tersebut tidak rosak.

Ramai di antara kita masih tidak tahu bahawa untuk mendapatkan timbangan berat badan yang betul, penimbang tersebut perlu diletakkan di atas permukaan keras dan padat seperti lantai simen, bukannya di atas permukaan lembut seperti di atas karpet atau permaidani, apatah lagi tilam.

Dan ya, jika anda meletakkan penimbang berat di atas karpet, bacaan berat badan anda akan lebih daripada yang sebenarnya.

Bagaimana ini berlaku?

jangan timbang berat atas karpet

Seorang ahli fizik dari University of Cambridge, David MacKay ditanyakan soalan yang menarik perhatiannya, "Mengapa bacaan berat badan kita bertambah di atas karpet berbanding permukaan keras?".

David dan pelajarnya Jon Pendergast menggunakan beberapa penimbang berat analog biasa di atas permukaan berbeza. Dan memang benar, mereka mendapati bahawa berat badan mereka bertambah sekitar 10% di atas karpet tebal berbanding di atas lantai keras.

Untuk mengkaji mengapa ini berlaku, Jon membuka beberapa penimbang berat dan mengukur pergerakan mekanisme pada permukaan yang berbeza.

Penimbang berat berfungsi melalui anjakan yang disebabkan oleh berat badan.

Di dalam setiap penimbang, terdapat empat tuas atau dikenali sebagai “fulkrum”, yang berfungsi memindahkan berat plat logam berspring di bahagian belakang penimbang.

Pergerakan plat kemudian dipindahkan melalui batang logam untuk memutar dail dan memberikan bacaan timbangan.

penjelasan mengapa berat badan berlebihan atas karpet 798

Jon mendapati bahawa di atas permukaan keras, permukaan bawah penimbang berat melengkung. Ini membuatkan fulkrum di keempat-empat sudut penimbang sedikit condong, memendekkan jarak antara setiap fulkrum dan juga di titip di mana beban mendorong ke tuas. 

Namun apabila diletakkan di atas karpet tebal, penimbang tenggelam ke dalam karpet dan karpet tersebut menyokong permukaan bawah penimbang yang mana membuatkan pemukaan bawah penimbang melengkung seperti yang seperti yang sepatutnya.

Ini meningkatkan jarak antara setiap fulkrum dan titik di mana tuasnya dimuatkan dengan berat individu.

Jadi, untuk daya berat yang sama, tuas pada penimbang bergerak lebih jauh daripada yang sepatutnya. Peningkatan jarak ini dalam jumlah yang sangat kecil sekalipun boleh menambahkan beberapa kilogram pada berat seseorang. jarak

Pihak pengilang menghasilkan penimbang berat dengan menentukur (calibrate) peranti ini pada permukaan yang keras, dan bukannya di atas karpet.

Ini adalah kerana secara kebiasaannya, kita mempunyai akses yang lebih tinggi kepada permukaan lantai yang padat, berbanding karpet tebal.

Jon juga mendapati bahawa penimbang digital jauh kurang terdedah terhadap kesan ini kerana perbezaan mekanisme dalamnya berbanding penimbang analog.

Bukan sahaja karpet, malah jika rumah anda berlantaikan bahan seperti linoleum, vinyl, dan bahan lembut lain juga boleh menyebabkan perubahan berat.

Sebab itu penimbang berat badan biasanya diletakkan di dalam bilik air kerana permukaannya adalah keras dan padat.

Rujukan:

1. Eat Smart

2. New Scientist

3. Physics Forum




Hakcipta iluminasi.com (2017)