Oleh pada 30 Sep 2017 kategori

Bukan mudah untuk berjaya dan bukan sukar untuk gagal. Kejayaan tak datang bergolek, dan kejayaan yang dikecapi hasil usaha sendiri adalah yang paling manis.

Sebagai antara manusia terkaya di dunia, dan individu paling muda dalam senarai 10 manusia terkaya di dunia, pasti ramai yang nak tahu apakah rutin harian pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kan?

mark dan pelarian somalia

Mark ketika berbuka puasa bersama pelarian Somalia di Minneapolis

Walaupun bergelar billionaire dalam usia yang muda iaitu ketika berusia 22 tahun, rutin Mark Zuckerberg agak berbeza daripada rutin billionaire-billionaire yang lain. Jadi kali ini iluminasi.com ingin berkongsi rutin harian Mark Zuckerberg.

1. Bangun pagi

mark zuckerberg bangun pagi pegang telefon

Jika CEO Apple, Tim Cook bangun seawal 3.45 pagi setiap hari, ia berbeza bagi CEO Facebook. Mark Zuckerberg biasanya bangun pada pukul 8 pagi. Ya, agak lewat bagi seseorang yang berjaya. Namun Mark berkata beliau memang bukan seorang yang "morning person". Selepas bangun pagi, Mark akan terus menyemak akaun Facebook, Facebook Messenger dan Whatsapp di telefonnya. 

2. Bersenam

mark bersenam 3 kali semunggi 804

Setelah selesai semua urusan telefonnya dan mengemaskini segala berita, Mark bersiap sedia untuk bersenam. Ya, walaupun sibuk, Mark tetap akan bersenam biasanya 3 kali seminggu. Ia amat penting bagi otaknya untuk berfungsi dengan baik, dengan bersenam. Beliau akan membawa anjing kesayangannya, Beast bersama-sama.

Kalau CEO Facbook ada masa untuk bersenam, anda pun boleh kan?

3. Sarapan

mark dan roti bakar

Berapa lama anda ambil masa bersarapan? Atau anda langsung tak sarapan? Atau anda masuk punch card dulu baru keluar sarapan? Biasanya Mark akan bersarapan selepas bersenam. Mark merupakan seorang yang tidak memilih, begitu juga dari segi pemakanan. Beliau akan makan apa sahaja yang berada di fikiran kerana tak mahu membuang masa untuk perkara yang kecil.

4. Pakaian

mark tak buang masa pilih pakaian

Sama seperti makanan, Mark juga tak membuang masa dalam memilih pakaian apa yang mahu dipakainya ke pejabat. Seperti dalam artikel lalu, kami ada berkongsi mengenai t-shirt yang dipakai Mark setiap hari.

Beliau biasanya akan mengenakan t-shirt kelabunya, seluar jeans dan sneakers. Beliau menjawab pertanyaan mengenai pemakaiannya pada tahun 2014 dengan berkata : 

"Saya betul-betul mahu mengosongkan hidup saya supaya saya hanya perlu membuat keputusan sesikit yang boleh, kecuali bagaimana untuk berkhidmat kepada komuniti".

5. Ke pejabat

mark tiba di pejabat pukul 10 30 pagi

Mark biasanya akan sampai di pejabatnya sekitar jam 10.30 pagi. Walaupun beliau bukanlah seorang yang suka bangun awal seperti billionaire lain, namun semenjak beliau menjadi seorang bapa, beliau kadang-kadang terpaksa bangun awal.

6. Kerja di Facebook

mark rapat dengan kakitangannya

CEO Facebook ini biasanya menghabiskan masa di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California di antara 50 hingga 60 jam sehari, 5 hari seminggu. Ia dikatakan agak lama, di antara 10 hingga 11 jam sehari.

Mark memberitahu, "Saya banyak menggunakan masa memikirkan cara untuk menghubungkan dunia dan berkhidmat dengan lebih baik untuk komuniti, walaupun saya bukan berada di pejabat,"

7. Waktu lapang

mark di waktu lapang

Jika tidak sibuk dan bercuti daripada bekerja, Mark akan menggunakan masanya untuk menenangkan fikirannya. Antaranya adalah mempelajari bahasa Mandarin. Beliau agak fasih berbahasa Mandarin, dan mempelajari bahasa tersebut kerana ingin berkomunikasi dengan keluarga iparnya.

Beliau juga cuba membaca sebanyak yang boleh. Pada tahun 2015, beliau mencabar dirinya untuk membaca sebuah buku dalam masa 2 minggu.

8. Jadual

mark dan vin diesel

Jadual Mark cenderung untuk berubah-ubah mengikut perjalanannya. Kadang-kadang beliau akan bertemu dengan Pope Francis, Barack Obama, dan juga rakannya Van Diesel. Beliau juga melawat beberapa kawasan di Amerika Syarikat baru-baru ini membuatkan ramai beranggapan Mark berminat dalam arena politik.

9. Utamakan keluarga

seorang yang pentingkan keluarga

Walaupun sibuk, Mark tak pernah abaikan keluarganya. Beliau akan menghabiskan masa bersama isterinya, Dr. Priscilla Chan dan anak perempuannya, Max sama ada beliau terpaksa berjalan atau bekerja. Mark telah mengambil cuti 2 bulan dari Facebook selepas Max dilahirkan pada Disember 2015.

mark memeluk anaknya max

Bagi Mark, kerja di pejabat tidak boleh mengganggu kehidupannya bersama keluarga. Tidak bermakna segala kekayaan yang ada jika hubungan keluarga tidak utuh.

10. Tidurkan anak

mark akan tidurkan anaknya setiap hari

Sebelum masuk tidur, Mark akan terlebih dahulu menidurkan anaknya dengan mendendangkan doa Yahudi tradisional iaitu "Mi Shebeirach".

Rujukan:

1. Huffington Post

2. Business Insider

3. Telegraph


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)