ini respon balas achey setelah gaya pengacaraannya dikritik

Kredit foto: rotikaya.com

Lantaran menerima komen negatif dari para netizen akan gaya pengacaraannya yang dikatakan bingit dan sering tampil dengan lawak hambar, Achey yang merupakan salah seorang hos rancangan Gema Gegar Vaganza mendedahkan dirinya memenuhi permintaan pihak produksi untuk menggunakan caranya tersendiri.

Saya dipilih untuk mengacarakan program itu adalah untuk menghiburkan dengan cara saya. Pihak produksi minta saya menjadi diri saya sendiri ketika berada di atas pentas. Pada awalnya iaitu segmen pertama, saya cuba untuk merendahkan suara tapi ditegur pihak produksi kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar.


Saya tahu akan dikritik kerana ketika menerima tawaran ini sahaja isteri saya bertanya sama ada saya benar-benar mahu menerima atau tidak. Dia tahu cara saya mengacara yang bising dan bingit itu tidak sesuai dengan program keagamaan, namun pihak Astro pula mahu kelainan dalam program tersebut. Tidak mengapalah, saya tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Mengulas berkenaan dirinya yang gemar menggunakan gelaran 'kau dan aku' semasa berbual di atas pentas, Achey menyangkal ianya kurang sesuai malah membuatkan para peserta selesa dan hilang rasa gementar

Saya dan peserta memang rapat dan mereka sendiri tidak mahu saya memanggil mereka dengan ganti nama awak atau abang. Lagi pula bila saya penggil dengan cara itu mereka akan rasa selesa dan tidak gementar. Saya tidak rasa ia bukan bahasa kasar kerana dalam setiap doa juga kita gunakan ganti nama aku dan kau agar ia rasa lebih dekat dengan Allah.

Sumber: mStar Online

Pastinya Achey telah cuba untuk memberikan yang terbaik demi memuaskan hati semua pihak. Semoga Achey dapat diberi ruang untuk meyakinkan penonton dengan gaya pengacaraannya.

Sumber: beautifulnara.com


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)