lagu nyanyian dan ciptaan achey cecah 1 juta tontonan dalam seminggu

Kredit foto: Youtube Seventeen Eleven Music

Hanya dalam seminggu berada di laman Youtube, video lirik lagu dan ciptaan sepenuhnya oleh pelawak Achey berjudul Yang Terindah telahpun meraih 1.3 juta tontonan!

Bukan sahaja mengumpul jumlah tontonan yang banyak, malah kini video itu menjadi trending di kedudukan ke-12.

Dalam sebuah kenyataan terbaru, pelawak kumpulan Bocey itu mengakui tidak menyangka lagu yang dicipta khas buat isterinya, Nur Hasanah Yahaya itu menerima sambutan hangat.

“Ini percubaan pertama saya dalam bidang nyanyian, saya sendiri tidak menjangkakan akan mendapat maklum balas positif daripada pendengar dan peminat," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Dalam pada itu, Achey merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan peminat muzik tanah air yang menerima baik karyanya.

“Terima kasih kepada yang telah menyokong saya selama ini dan sambutan terhadap lagu Yang Terindah ini akan menjadi pembakar semangat buat diri saya untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik selepas ini,” katanya lagi.

Yang Terindah merupakan ciptaan Achey dan disempurnakan oleh komposer berpengalaman, Zimi Sofazr.

Manakala video lirik single itu diterbitkan oleh Sarah Shaber Production serta diedarkan Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)