Oleh pada 05 Jun 2017 kategori

Kredit foto: Utusan Online 

Percubaan jahat pelawak Achey Bocey untuk berbuka puasa sebelum tiba waktunya telah menimbulkan perasaan kurang senang isteri beliau.

Aksi tersebut didedahkan dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram Achey.

Menerusi video itu, kelihatan Achey mencari kesempatan untuk menjamu makanan, namun setiap percubaannya dipatahkan dengan kelibat isterinya yang hadir secara tiba-tiba sambil mengucapkan dialog ''Aaa Tak Puasa Eaa".

Bagaimanapun peminat Achey janganlah gusar kerana ia hanyalah gimik dalam video yang dibuat secara berjenaka.

Video tersebut telah meraih lebih 190 ribu tontonan dan rata-rata netizen tertarik dengan telatah comel pasangan suami isteri tersebut. Malah, ada yang beranggapan isteri Achey mempunyai bakat sebagai seorang pelakon komedi.

Tanpa membuang masa, jom kita saksikan video tersebut. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)