Pertambahan pengguna internet di Malaysia menyebabkan mereka menjadi sasaran kepada penjenayah. Setiap tahun, berjuta-juta ringgit wang berjaya ditipu atau dicuri oleh penjenayah daripada pengguna internet yang cuai dan lalai. Bagi pengguna yang celik IT, mereka mungkin sudah maklum bagaimana hendak melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa serangan siber.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malangnya, bagi kebanyakan orang terutamanya ibu bapa kita yang sudah berumur, mereka mungkin tidak mengetahui perkara asas seperti ini. Berikut antara tabiat harian kebanyakan pengguna internet yang mendedahkan mereka kepada serangan siber. Diharapkan para pembaca dapat berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga agar mereka lebih peka dan tidak menjadi mangsa seterusnya.

1. Jangan klik pautan pada emel

link phishing scam

Pautan (link) pada emel yang dihantar merupakan cara konvensional penjenayah menipu pengguna internet. Pastikan emel yang dihantar daripada rakan-rakan anda atau daripada alamat emel yang boleh dipercayai. Penjenayah biasanya akan menghantar emel dengan pautan ke laman web palsu yang kelihatan seakan-akan sama dengan laman web asal. Kaedah ini dikenali sebagai phishing.

Apabila pengguna mendaftar masuk (login) pada laman web palsu tersebut, segala emel, katakunci dan data yang dimasukkan akan dicuri oleh penjenayah. Ini membolehkan mereka menceroboh masuk ke akaun anda dan mengambil alih akaun tersebut. Selain itu, terdapat juga pautan yang akan menyebabkan pengguna memuat turun virus sebaik sahaja pengguna klik pada pautan tersebut. Oleh itu, biasakan untuk cek dahulu emel tersebut sebelum mengklik pada pautan yang disertakan.

2. Jangan berkongsi segala-galanya di media sosial

fungsi tagging lokasi

Tidak salah sekiranya ingin berkongsi serba sedikit perihal peribadi anda di media sosial, contohnya gambar percutian anda. Walau bagaimanapuna, hadkan. Penjenayah mungkin boleh menggunakan info-info yang dikongsikan di akaun ada untuk mengesan alamat rumah anda dan sebagainya.

Selain itu, elakkan memberitahu di laman social lokasi semasa anda sekiranya anda tiada di rumah dalam tempoh masa yang agak lama seperti ketika di musim perayaan. Hal tersebut hanya akan memudahkan penjenayah memecah masuk rumah anda sekiranya mereka mengetahui tiada orang di rumah.

3. Jangan gunakan WiFi awam tanpa perlindungan

bahaya public wifi

Kedai kopi biasanya menjadi pilihan golongan muda untuk melayari internet menggunakan WiFi percuma yang disediakan. Sekiranya anda melakukan transaksi yang sensitif seperti menggunakan servis online banking, pastikan anda mempunyai sambungan yang selamat. WiFi awam biasanya menjadi pilihan penggodam untuk mendapatkan maklumat sulit pengguna.

Untuk keselamatan, boleh gunakan servis Virtual Private Network (VPN) untuk mengelakkan info-info sensitif anda daripada dicuri. Terdapat banyak VPN yang boleh anda cuba sama ada berbayar atau percuma. Untuk percuma, boleh cuba Tunnel Bear VPN.

4. Jangan guna katakunci yang sama untuk semua akaun

Semua laman web di dunia mempunyai risiko untuk digodam. Maka, elakkan untuk guna katakunci yang sama di semua akaun anda termasuklah emel, bank, media sosial dan lain-lain. Hal ini kerana apabila terdapat kes penggodaman laman web besar, penjenayah berkemungkinan besar akan mempunyai akses pada katakunci anda. Dengan info dan katakunci yang mereka ada, ianya akan digunakan untuk mengakses akaun-akaun anda di laman web lain.

5. Jangan simpan katakunci dalam komputer

simpan katakunci

Fungsi autosave pada komputer sememangnya memudahkan anda supaya anda tidak perlu mengingati katakunci anda. Walau bagaimanapun ianya mempunyai risiko dicuri sekiranya komputer anda dicuri atau boleh diakses oleh orang lain. Sekiranya fungsi ini mahu digunakan, pastikan komputer anda sudah ditetapkan kata kunci agar orang lain tidak boleh mengaksesnya.

6. Kemaskini perisian

Tiada perisian yang sempurna. Kebanyakan perisian yang bagus biasanya akan mempunyai kemaskini secara berkala. Biasanya ia bertujuan untuk menambah baik fungsi sedia ada atau menyelesaikan masalah keselamatan yang wujud padanya. Jadi, pastikan anda mengemaskini perisian anda sekiranya terdapat kemakini baru daripada pihak pengeluar.

Malangnya, ramai yang tidak melakukannya dengan alasan malas atau takut sekiranya kemaskini tersebut akan mendatangkan keburukan.

Kredit: Mental Floss




Hakcipta iluminasi.com (2017)