Wisma Angkasapuri adalah salah satu bangunan gaya antarabangsa yang paling ikonik di Malaysia.

Juga dikenali sebagai Wisma RTM, Angkasapuri adalah sebuah kompleks penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia / Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Ia mula dibina pada tahun 1966 dan mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan pada tahun 1968.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pusat Penyiaran Malaysia ini diberi nama Angkasapuri dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman pada 17 Februari 1968.

Pusat Penyiaran Negara sering kali berpindah dari satu tempat ke satu tempat sebelum Angkasapuri dibuka.

Perkembangan Pusat Penyiaran Negara bermula apabila Persatuan Wayarles Tanah Melayu memulakan siaran pada tahun 1930 di Bukit Petaling.

Ia kemudiannya berpindah ke Bangunan Guthrie dan seterusnya ke Bangunan Oriental di Jalan Tun Perak.

Perpindahan ini tidak terhenti setakat itu sahaja apabila ia berpindah lagi ke Hospital Tang Lin dan akhirnya bertapak di Rumah Persekutuan, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Ia kekal di situ selama 15 tahun sebelum berpindah ke Angkasapuri.

Reka bentuk yang pelik dan unik

wisma angkasapuri corak pelik tajam

Wisma Angkasapuri adalah sebuah bangunan yang dibina dengan gaya antarabangsa dengan pendekatan konteks tempatan.

Jika anda lihat dari jauh, bahagian luar Wisma Angkasapuri agak unik. Dan sudah tentu setiap daripada reka bentuk pasti mempunyai maksud dan tujuan tersendiri.

Walaupun rekabentuknya diinspirasikan dan diambil daripada gaya antarabangsa dari negara-negara Barat, namun ia digubah dengan baik berpadanan dengan iklim tropika di Malaysia.

Tidak seperti gaya antarabangsa "versi Barat", penggunaan struktur besi dan kaca yang meluas pada reka bentuk hadapan bangunan tidak diaplikasikan pada bangunan ini.

rekabentuk pelik wisma angkasapuri

Corak Yang Menjadi Misteri Sejak Dulu

Bahagian luar bangunan ini didominasi oleh penggunaan corak berulang-ulang yang terdiri daripada rekabentuk menarik.

Selain memberikan nilai estetika dan menambah keunikan bangunan, rekabentuk ini sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting.

Ia merupakan sejenis alat peneduh dan digunakan dengan begitu meluas bertujuan untuk menentang iklim tropika yang panas terik di mana ia mengelakkan cahaya matahari langsung

wisma tv angkasapuri rtm

Usaha ini juga dilakukan untuk memberikan pencahayaan semulajadi ke bahagian dalam bangunan.

Apabila melihat bangunan itu, alat teduhan ini menjadi elemen utama untuk menentukan identiti seni bina bangunan.

Dengan penggunaan alat-alat teduhan, "jisim" bangunan itu mengatasi persepsi "isipadu" bangunan yang bertentangan dengan falsafah Gaya Antarabangsa.

Alat peneduh ini dikatakan mempunyai bentuk menyerupai belangkas, tetapi ada juga yang mengatakan ia menyerupai perisai suku Dayak.

Rujukan:

1. Final Report

2. Angkasapuri

3. Reactive Metal




Hakcipta iluminasi.com (2017)